Navigasi

Sistem Maklumat

Panel Ahli

Log Ahli Online

Terkini

Popular

Muat Turun Popular

Video Korporat

Lokasi PSAS

Sindikasi PSAS

Berita PSAS


Artikel PSAS


Muat Turun PSAS


Pautan Web PSAS


Pos Forum PSAS

Cerpen:Cinta Azura


Wajah Azura suram sekali. Dia melihat keadaan sekeliling beberapa pasangan sedang bermadu kasih dan bercanda seperti dunia ini mereka yang punya.. Azura melihat kekasihnya, Amir yang sedang duduk berhampirannya. Dia mula mengeluh kenapa mereka tidak seperti pasangan-pasangan itu. Acap kali mereka bertemu pasti hambar sekali. Amir memang bukanlah lelaki yang romantis jika hendak dibandingkan dengan lelaki yang lain. Dia tidak pandai bermadah atau bermain dengan kata-kata yang indah namun jauh disudut hatinya jelas keikhlasan cintanya terhadap Azura . Amir tahu jiwa Azura yang inginkan belaian, pujuk rayu namun iman Amir yang masih teguh di dalam jiwanya. Dia tidak mahu cintanya dicemari dengan cinta yang berbaur dengan perkara yang haram dan hanya nafsu semata-mata. Apa yang diingini daripada Azura adalah cinta yang sepenuh jiwa yang boleh membawa kepada kecintaan kepada yang Maha Esa. Dia ingin cinta mereka dapat mendekatkan mereka kepada kepada-Nya.


Azura dibesarkan dalam keluarga yang serba moden. Kesibukan ibu bapanya membuatkan Azura hidup berdikari. Tiba pada bab agama amat cetek sekali pengetahuannya. Oleh itu kadang-kadang dia tidak dapat membezakan halal haram. Apa yang dia tahu apa yang dilihat sekeliling semuanya diterima seadanya. Sejak Amir dan Azura bertemu, Azura sudah merasa hidupnya berubah. Dulu dirinya amat bebas sekali melakukan perkara yang di sukainya namun sekarang dia selalu termenung mengenangkan cintanya yang suram itu.

“Kau biar betul Zura.Takkan kau tak pernah berpegang tangan dengan Amir itu. Bohong betul kau ni. Aku dan Ajib selalu berpegang tangan. Aku rasa bahagia sekali. Alim sangat ke budak itu?” kata-kata itu sangat menyakit hati Azura.

“Entahlah Ana.Aku tak tahu macam mana hubungan aku dengan dia,” kata Azura.

“Aku rasa lebih baik kau putus sahaja hubungan kau dengan si Amir tu.Buang masa kau aje,” nasihat Ana.

“Tapi Nina aku sayang sangat kat dia,”

“Sayang apanya kalau kau sahaja yang sayang nak rak tapi dia buat tak tahu aje. Sekarang ramai jejaka yang lebih baik dari dia yang pandai bercinta dan lebih romantik kau kan cantik petik jari je dating sepuluh,” Serba-salah Azura mendengar kata-kata dari Ana itu. Amir bukan tidak baik,malah lebih baik dari lelaki yang pernah ditemuinya. Tapi kelemahannya Amir tidak pandai mencorakkan percintaan mereka.

Sehingga kini, Azura tidak merasakan cinta yang sebenar daripada Amir. Kata-kata dari Nina terngiang-ngiang dia kepalanya. Bukankah dulu dia inginkan berpacaran bersama dengan kekasihnya. Namun apa yang diimpikannya hanya mimpi yang tidak menjadi kenyataan. Dia mula sangsi dengan kejujuran Amir. Apa tidaknya kalau betullah Amir sayang kepadanya pasti dia akan dilayannya seperti tuan puteri. Dilayan seperti sepasang kekasih yang sedang mabuk dengan keindahan cinta. Kini dia menyangka yang Amir hanya ingin menipu perasaannya. Dia seolah bertepuk sebelah tangan.

“Amir, Zura ingin mendapat kepastian dari Amir.Betul ke Amir sayangkan zura.Sejak dari mula kita bertemu sampai sekarang hubungan kita ini seperti biasa sahaja.Tidak seperti pasangan-pasangan yang lain. Betul ke Amir cintakan Zura?” Tanya Zura.Amir tenang mendengar kata-kata dari Azura. Beberapa seketika kemudian dia pun mula berbicara.

“Zura , saya memang sayang awak,” ringkas sahaja jawapan dari Amir. Tenang dia menjawab pertanyaan Azura itu.

“Kalau sayang kenapa sampai sekarang tak pernah pun sekali Amir panggil Zura sayang ke. Tak ada pun panggilan manja untuk Zura,” Lama Amir mengambil masa untuk menjawab pertanyaan Azura itu. Memang benar dia tidak memanggil Azura seperti itu. Selalunya mereka membahasakan saya awak dengan Azura.

“Azura, hari ini biarlah saya berterus terang kepada awak tentang isi saya. Kalau sekarang saya panggil awak sayang, jika nanti kita ada jodoh selepas berkahwin apa pula panggilan saya terhadap awak. Jika sekarang saya panggil awak sayang selepas berkahwin nanti panggilan apa yang saya akan saya panggil,” Terang Amir.

“Saya mahu awak tahu niat utama saya tentang hubungan kita ialah saya ingin mengambil awak sebagai isteri saya yang sah dan saya ingin menjaga kehormatan awak. Saya mahu cinta kita ini suci tanpa dicemari dengan unsur-unsur yang bertentangan dengan syariat. Itulah niat yang saya pasang apabila saya membuat keputusan untuk bersama dengan awak. Saya mahu cinta kita ini suci tanpa di cemari dengan nafsu semata-mata. Apa yang saya inginkan adalah kecintaan antara kita ini berteraskan yang Maha Esa. Cinta suci yang membawa kita kepada cinta sejati iaitu cinta kepada Allah,” tambahnya lagi. Azura mendengar sahaja penjelasan dari Amir. Air mukanya mula berubah.

“Saya tidak mahu cinta yang indah dengan kata-kata. Indah dari bahasa yang Cuma khayalan semata-mata. Hanya angan-angan tiada pengakhiran. Jika awak tidak mahu itu semua terpulanglah kepada awak, Zura. Jika Zura mahukan cinta seperti pasangan yang lain itu, berdua-duaan di tempat yang sunyi, berkasih-kasihan, berpegang-pegangan berjalan tidak tentu hala dan melakukan perkara-perkara yang boleh membangkitkan nafsu, maaf Zura saya tidak mampu memberikan itu semua kepada awak. Iman saya masih lagi teguh walau pun tidak sebaik mana sekalipun saya ini. Saya malu jika melakukan perlakuan itu,” kata-kata dari Amir itu mula membawa kesan kepada Azura. Dia mula sedar akan keikhlasan Amir.

“Dan jika awak ingin melakukan itu semua, lebih baik kita melakukan dengan secara yang halal iaitu dengan ikatan perkahwinan dengan itu saya percaya, saya pasti akan mencurahkan semaksima cinta saya kepada awak. Ingatlah Zura cinta itu bukan hanya kata-kata manis dari mulut sahaja tapi juga tindakan. Tindakan itu adalah selepas kita diijab kabulkan. Maka masa itu, Barulah kita dapat menikmati cinta sejati. Ketika itulah boleh saya membuktikan cinta saya kepada awak. Apabila semua yang kita lakukan adalah halal bukan dosa yang kita tapi pahala jika dilakukan tanpa ikatan perkahwinan. Zura marilah kita melakukannya dengan jalan yang di redhai oleh Allah. Sama-sama kita menikmati keindahan cinta dengan jalan yang telah di syariatkan oleh Allah kerana dengan cara tersebut cinta kita pasti akan selamat dan kekal hingga sepanjang hayat,” jelas Amir sambil melihat mata Azura. Bersungguh dia menjelaskannya kepada Azura. Azura hanya diam. Di lihat mata Amir itu terpancar akan keikhlasan dan kebaikannya. Dia mula berasa amat beruntung kerana bertemu dengan jejaka yang sebaik Amir itu. Air matanya mula mengalir perlahan-lahan dari pipinya. Dia tidak menyangka sampai begitu sekali cinta Amir terhadapnya. Melihatkan air matanya yang mengalir, cepat-cepat Amir mengeluarkan sapu tangan di sakunya lalu dihulurkan kepada Azura. Diambil sapu tangan itu lalu di kesat air mata yang bersisa di pipinya.

Malam itu Azura tidak dapat tidur malam kerana terkenang kata-kata dari Amir. Apakah dirinya ikhlas menerima cinta Amir. Apakah dia betul-betul mencintai Amir dengan sepenuh jiwanya. Kini dia mula sedar yang cinta itu bukan hanya berlaku sebelum berkahwin seperti dijaja didalam filem-filem cinta namun lebih daripada itu. Ikatan perkahwinan bukanlah satu kemuncak berakhirnya cinta tapi permulaan cinta. Permulaan cinta yang sejati.
Keesokan harinya Azura kembali ke kampong bertemu dengan emak dan ayahnya. Di sana dia berbincang akan perihal Amir kekasih hatinya bersama emak dan ayahnya. Dia membuat keputusan untuk meminang Amir. Ayahnya bersetuju kerana itu jalan yang telah dipilih olehnya. Segala akibat yang mendatang harus di tanggung olehnya. Dia sebagai wali hanya dapat memudahkan cara sahaja selain itu terserahlah kepada Azura untuk memilih hidupnya sendiri. Emaknya pada mulanya membantah tapi setelah diyakinkan oleh Azura dan sokongan dari ayahnya lembut hatinya. Berberapa minggu selepas itu, emak dan ayahnya pergi merisik Amir dan kemudian di susuli dengan majlis pertungan. Satu tindakan yang bertentangan dengan adat orang melayu, perigi mencari timba tapi dari segi Islam ianya antara yang terbaik seperti yang telah disyariatkan oleh Allah seperti mana Siti Khatijah meminang Rasulullah dengan perantaraan Maisarah.

Hari ini mereka diijabkabulkan.Kini mereka adalah pasangan suami isteri yang sah. Maka bermulalah percintaan mereka yang berteraskan kecintaan kepada Allah. Apa yang di rasai olehnya kali ini lebih manis dari apa yang disangka sebelum berkahwin. Dia baru sedar yang cinta Amir adalah sekadar cinta yang biasa tapi luar biasa yang tiada tolak banding dan sejati kerana ia berlandaskan kecintaan kepada Allah.Cinta yang abadi.





Kongsi Artikel Ini

Share |
URL:
BBcode:
HTML:

Komen

Tiada komen

Pos komen

Sila log masuk untuk pos komen.

Rating

Rating untuk ahli sahaja.

Sila Log Masuk atau Daftar.

Tiada Rating.

:: PSAS, Tel: 605-4544431, Fax: 605-4544993 ::

Masa render halaman: 0.08 saat
4,118,736 Lawatan Unik