Navigasi

Sistem Maklumat

Panel Ahli

Log Ahli Online

Terkini

Popular

Muat Turun Popular

Video Korporat

Lokasi PSAS

Sindikasi PSAS

Berita PSAS


Artikel PSAS


Muat Turun PSAS


Pautan Web PSAS


Pos Forum PSAS

Unit ICT


Unit ICT terbahagi kepada empat bahagian utama iaitu :


Bahagian Rangkaian Kampus

Mengurus dan mentadbir rangkaian kampus (LAN, CAN) serta internet.

Mengurus dan mentadbir perkakasan rangkaian.

Memberi khidmat nasihat serta tunjuk ajar kepada staf dan pelajar PSAS tentang
apa-apa sahaja berkaitan dengan rangkaian.



Bahagian Sistem Maklumat

Membangunkan aplikasi dan sistem yang diminta oleh pengguna.

Mengurus dan mentadbir portal PSAS, Sistem Rekod Surat PSAS serta aplikasi lain yang dibangunkan.


Mengurus sistem ePerolehan, eSPKB, HRMIS, PMIS dan lain-lain aplikasi kerajaan yang digunakan oleh pentadbiran PSAS.


Memberi khidmat nasihat serta tunjuk ajar kepada staf dan pelajar PSAS tentang
apa-apa sahaja berkaitan dengan sistem maklumat.




Bahagian Penyelenggaraan dan Baikpulih Komputer

Mengurus segala laporan kerosakan dan membaiki kerosakan komputer jika boleh diperbaiki.

Berunding dengan pihak pembekal sekiranya kerosakan tidak dapat diperbaiki
oleh juruteknik komputer PSAS.



Bahagian Aset dan Perolehan

Mengurus dan menyelenggara segala pembelian, penerimaan dan perekodan aset ICT PSAS


Visi

Mewujud dan menerapkan budaya ICT dikalangan warga PSAS.


Misi

Unit ICT berazam untuk cemerlang dalam menyediakan perkhidmatan berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi kepada PSAS.



Objektif

Memberi perkhidmatan ICT untuk keperluan dan aktiviti pengurusan, pengajaran dan pembelajaran di PSAS.



Piagam Pelanggan

Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan seperti berikut :

˜
"Menyelesaikan aduan pengguna tentang kerosakan
komputer dan masalah berkaitan ICT yang
lain (tertakluk kepada jenis kerosakan yang tidak melibatkan perolehan alat ganti atau perkhidmatan pembekal luar) dalam masa 3 hari";

˜
"Memberi taklimat, kursus atau latihan berkaitan
ICT (atau aplikasi-aplikasi baru) mengikut keperluan pelanggan sekurang-kurangnya 4 kali setahun";

˜
"Memastikan server dan rangkaian boleh beroperasi pada tahap kebolehcapaian 90% setiap hari. Sebarang masalah berkaitan dengan server dan rangkaian akan diambil tindakan dan masa pembaikan bergantung kepada masalah yang dihadapi";

˜
"Memberi khidmat nasihat mengenai perkara yang
berkaitan dengan teknologi maklumat kepada pengguna".

*pengguna = staf dan pelajar yang
menggunakan komputer, perkakasan, perisian ICT yang berdaftar di PSAS



Motto

“ ICT Pencetus Kemajuan Intelek ”



Logo




Kongsi Halaman Ini

Share |
URL:
BBcode:
HTML:

Komen

#1 | nurrul_admin pada 11 September 2006 12:57
love da symbol...unique Smile
#2 | WebMaster pada 16 October 2006 12:58
tenkiu.. Wink
#3 | Rozie_ICT pada 13 November 2006 11:36
go go chaiyok! unit ict GrinGrinGrinGrinGrinGrinGrinGrinGrinGrinGrinGrin
#4 | zeal_tech pada 05 July 2008 18:46
nak kje kat ICT....Grin
#5 | abdullah_ict pada 24 January 2009 08:01
selamat tahun baru cina...tahun baru, azam baru...bos pun baru...GrinGrinGrin
#6 | Izwani_ICT pada 07 January 2010 10:24
bos baru??? huhu... yeah..mari kte mantapkan lagi unit ict..wakakka Grin

Pos komen

Sila log masuk untuk pos komen.

:: PSAS, Tel: 605-4544431, Fax: 605-4544993 ::

Masa render halaman: 0.23 saat
4,118,691 Lawatan Unik