Sample Sidebar Module

This is a sample module published to the sidebar_top position, using the -sidebar module class suffix. There is also a sidebar_bottom position below the menu.
Login
Register

Sample Sidebar Module

This is a sample module published to the sidebar_bottom position, using the -sidebar module class suffix. There is also a sidebar_top position below the search.
Hebahan

Peta Laman

Bahasa/Language

Ms-My   English (UK)
Open Panel

SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA PELAJAR BAHARU POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
SESI JUN 2017

ARAHAN:

  • Sila baca dengan teliti segala maklumat yang dimaklumkan.
  • Semua calon pelajar DIKEHENDAKI melaksanakan perkara berikut:

 

  • Mohon maklum TARIKH - TARIKH PENTING berikut:

KATEGORI PROGRAM

TARIKH MULA PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN, ASRAMA (JIKA BERKENAAN) DAN BAYARAN PELBAGAI

TARIKH MULA ONLINE DI SPMP,
http://spmp.psas.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp

TARIKH DAFTAR

Diploma Sepenuh Masa (Lepasan SPM 2016, 2015 & 2014)

25 MEI 2017 (KHAMIS)

28 MEI 2017 (AHAD)

05 JUN 2017 (ISNIN)
(rujuk surat panggilan pelajar baharu)

Diploma Sepenuh Masa (Lepasan SPM 2013 ke bawah & Selain SPM) dan Pra Diploma

25 MEI 2017 (KHAMIS)

28 MEI 2017 (AHAD)

13 JUN 2017 (SELASA)
(rujuk surat panggilan pelajar baharu)

 

 

  • UNTUK MAKLUMAN, BILIK ASRAMA POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH ADALAH TERHAD KEPADA 1200 ORANG SAHAJA. PENAWARAN BILIK ASRAMA ADALAH BERGANTUNG KEPADA PENGESAHAN PENDAFTARAN DAFTAR ONLINE SPMP PSAS. CALON PELAJAR SELEBIHNYA (YANG TIDAK DAPAT ASRAMA) DIMINTA UNTUK MENCARI RUMAH SEWA YANG BERDEKATAN DENGAN PSAS.
  • Membuat pembayaran di mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).
    (Rujuk Maklumat Bayaran dalam Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu atau rujuk di Surat Panggilan Pelajar Baharu SESI JUN 2017)

 

  • PERINGATAN SEBELUM PENDAFTARAN:

 

  • BAWA DOKUMEN ASAL: Kad Pengenalan, Surat Tawaran, Borang Jawapan Tawaran,Sijil-sijil Kokurikulum, dan Slip Keputusan / Sijil Peperiksaan (BAGI LEPASAN SPM) @ Transkrip / Slip Keputusan Peperiksaan Semester Akhir (BAGI LULUSAN LEPASAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI dan LEPASAN DIPLOMA POLITEKNIK) pada hari pendaftaran untuk semakan.

PENDAFTARAN ANDA AKAN DITOLAK SEKIRANYA ANDA GAGAL MENUNJUKKAN DOKUMEN-DOKUMEN ASAL TERSEBUT.

Kementerian Pendidikan Tinggi  juga berhak menarik balik tawaran tempat pengajian di Politeknik Sultan Azlan Shah sekiranya terdapat percanggahan maklumat di antara dokumen asal dengan maklumat yang telah anda berikan ke Kementerian Pendidikan Tinggi semasa memohon ke Politeknik

  • LENGKAPKAN SEMUA BORANG yang terdapat di dalam Buku Panduan Pendaftaran ini sebelum diserahkan kepada pihak PSAS pada hari pendaftaran.

 

  • BAGI PELAJAR PRA DIPLOMA DAN SELAIN SPM, jika terdapat percanggahan maklumat, calon MASIH TIDAK BOLEH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN, YURAN ASRAMA dan BAYARAN PELBAGAI. Untuk memastikan BJT diterima dengan cepat oleh pihak JHEP PSAS, mohon agar calon dapat menggunakan PERKHIDMATAN COURIER ATAU POS LAJU.
  • Pembayaran YURAN PENGAJIAN, YURAN ASRAMA DAN BAYARAN PELBAGAI POLITEKNIK PERLU DILAKUKAN SEBELUM HADIR MENDAFTAR ke politeknik untuk mengelakkan sebarang kesulitan semasa mendaftar.

 

  • Politeknik tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan yang dibuat tanpa merujuk kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSAS.
  • Kesilapan pembayaran adalah tanggungjawab calon pelajar sendiri. Sebarang tuntutan semula bayaran tidak akan dilayan.

 

  • Melaksanakan proses pendaftaran online melalui Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar (SPMP), http://spmp.psas.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp selepas 36 jam membuat pembayaran di Bank Islam.
  • Sistem SPMP akan diaktifkan mulai 28 MEI 2017 (AHAD)
  • Cetakan Pengesahan SPMP perlu di bawa pada hari pendaftaran.
  • Melapor diri di PSAS pada hari pendaftaran yang telah ditetapkan. Pastikan calon membawa bersama dokumen berikut dan mengikut Senarai Semak Dokumen di dalam Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu SESI JUN 2016.
  • Surat Tawaran
  • Borang Jawapan Tawaran
  • Slip Pengesahan Dalam Talian (online) - SPMP
  • Borang Lapor Diri Pelajar Baharu
  • Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu
  • Borang Hal Ehwal Pelajar (Pendaftaran) (BHEP 1- BHEP 7)
  • Slip BayaranYuran Pengajian, Yuran Asrama dan Bayaran Pelbagai
  • Sijil Pelajaran Malaysia (asal dan salinan)
  • Sijil-sijil asal kokurikulum dan Salinan
  • Gambar berukuran passport. Gambar mesti mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Politeknik Sultan Azlan Shah.

 

“DATANG DENGAN HARAPAN, PULANG DENGAN KEJAYAAN”

Hubungi Kami

Politeknik Sultan Azlan Shah
Behrang Stesyen,35950 Behrang, Perak.

Tel: 605-4544431, Fax: 605-4544993
Email: pro.psas@psas.edu.my

Pertanyaan / Maklum Balas

Kod QR

Pautan Kerajaan

Find Us On Facebook
Find Us On Google
Find us on Youtube