Sample Sidebar Module

This is a sample module published to the sidebar_top position, using the -sidebar module class suffix. There is also a sidebar_bottom position below the menu.
Login
Register

Sample Sidebar Module

This is a sample module published to the sidebar_bottom position, using the -sidebar module class suffix. There is also a sidebar_top position below the search.
Program Diploma Secara Separa Masa

Peta Laman

Bahasa/Language

Ms-My   English (UK)
Open Panel
Program Pengajian Separa Masa

PENGENALAN
Program pengajian separa masa memberi peluang kepada semua warga Malaysia yang berkelayakan dan sedang bekerja untuk mengikuti kuliah di hujung mingga serta menambah pengetahuan dan kemahiran dan meningkatkan kelayakan tanpa meninggalkan pekerjaan mereka melalui konsep “Learn As You Earn”.

TEMPOH PENGAJIAN DAN WAKTU KULIAH
Program ini akan dilaksanakan selama 8 hingga 10 semester dan kuliah dijalankan pada setiap hari Sabtu dan Ahad kecuali pada minggu cuti semester dan cuti pelepasan am yang jatuh pada hari tersebut.

YURAN PENGAJIAN
Yuran pengajian untuk satu semester dianggarkan RM 1,000 ke RM 1,500 bergantung kepada program dan jumlah jam kredit. Pelajar boleh memohon untuk mendapatkan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) atau pengeluaran simpanan akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

PROGRAM-PROGRAM YANG DITAWARKAN
Program Syarat Kemasukan
DA001 Diploma Kejuruteraan Awam Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan memenuhi syarat minimum berikut:-
  • a. Lulus Bahasa Melayu
  • b. Lulus Bahasa Inggeris
  • c. Lulus Sejarah (SPM tahun 2013 dan ke atas)
  • d. Mendapat TIGA (3) kepujian bagi mata pelajaran termasuk;
    • Matematik atau Matematik Tambahan
    • SATU (1) mata pelajaran berkaitan sains/ teknikal/ vokasional
    • SATU (1) mata pelajaran lain

ATAU 

Lulus Sijil Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran MARA, Institut Latihan Pertanian, Institus Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) di dalam bidang yang berkenaan
dan lulus SPM dengan mendapat SATU (1) kepujian

ATAU

Lulus Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Tiga di dalam bidang yang berkenaan

Mendapat Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di dalam bidang yang berkenaan
DA002 Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan
DE001 Diploma Kejuruteraan Elektrik
DE003 Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)
DM001 Diploma Kejuruteraan Mekanikal
DM002 Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
DM004 Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
DM011 Diploma Kejuruteraan Mekatronik
DP001 Diploma Akauntansi Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan memenuhi syarat minimum berikut:-
  • a. Lulus Bahasa Melayu
  • b. Lulus Bahasa Inggeris
  • c. Lulus Sejarah (SPM tahun 2013 dan ke atas)
  • d. Mendapat TIGA (3) kepujian bagi mata pelajaran termasuk;
    • Matematik atau Matematik Tambahan
    • Mana-mana DUA (2) mata pelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya

ATAU 

Lulus Sijil Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran MARA, Institut Latihan Pertanian, Institus Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) di dalam bidang yang berkenaan
dan lulus SPM dengan mendapat SATU (1) kepujian

ATAU

Lulus Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Tiga di dalam bidang yang berkenaan
dan lulus SPM dengan mendapat SATU (1) kepujian 

ATAU

Mendapat Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di dalam bidang yang berkenaan
DP004 Diploma Pemasaran Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan memenuhi syarat minimum berikut:-
  • a. Lulus Bahasa Melayu
  • b. Lulus Bahasa Inggeris
  • c. Lulus Sejarah (SPM tahun 2013 dan ke atas)
  • d. Lulus Matematik atau Matematik Tambahan
  • e. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran

ATAU 

Lulus Sijil Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran MARA, Institut Latihan Pertanian, Institus Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) di dalam bidang yang berkenaan
dan lulus SPM dengan mendapat SATU (1) kepujian

ATAU

Lulus Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Tiga di dalam bidang yang berkenaan
dan lulus SPM dengan mendapat SATU (1) kepujian 

ATAU

Mendapat Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di dalam bidang yang berkenaan
DP005 Diploma Pengajian Perniagaan
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan memenuhi syarat minimum berikut:-
  • a. Lulus Bahasa Melayu
  • b. Lulus Bahasa Inggeris
  • c. Lulus Sejarah (SPM tahun 2013 dan ke atas)
  • d. Lulus Matematik atau Matematik Tambahan
  • e. Lulus Pendidikan Seni Visual atau Pendidikan Seni atau Lukisan Kejuruteraan
  • f. Mendapat TIGA (3) kepujian bagi mata pelajaran termasuk;
    • SATU (1) mata pelajaran berkaitan sains/ teknikal/ vokasional
    • Mana-mana DUA (2) mata pelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya

ATAU 

Lulus Sijil Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran MARA, Institut Latihan Pertanian, Institus Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) di dalam bidang yang berkenaan
dan lulus SPM dengan mendapat SATU (1) kepujian

ATAU

Lulus Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Tiga di dalam bidang yang berkenaan
dan lulus SPM dengan mendapat SATU (1) kepujian 

ATAU

Mendapat Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di dalam bidang yang berkenaan

KAEDAH PERMOHONAN
Permohonan boleh dibuat secara online di www.politeknik.edu.my.

Hubungi Kami

Politeknik Sultan Azlan Shah
Behrang Stesyen,35950 Behrang, Perak.

Tel: 605-4544431, Fax: 605-4544993
Email: pro.psas@psas.edu.my

Pertanyaan / Maklum Balas

Kod QR

Pautan Kerajaan

Find Us On Facebook
Find Us On Google
Find us on Youtube