Sample Sidebar Module

This is a sample module published to the sidebar_top position, using the -sidebar module class suffix. There is also a sidebar_bottom position below the menu.
Login
Register

Sample Sidebar Module

This is a sample module published to the sidebar_bottom position, using the -sidebar module class suffix. There is also a sidebar_top position below the search.
Jabatan Kejuruteraan Elektrik

Peta Laman

Bahasa/Language

Ms-My   English (UK)
Open Panel

DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK (DET)

 

Kursus ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam mengguna,menguji, menyenggara dan membaikpulih mesin elektrik dan peranti elektronik. Pelajar akan mengikuti kuliah, melaksanakan tugasan, membuat kerja projek, melaksanakan kerja-kerja amali dan menjalani latihan industri di sepanjang tempoh kursus. Disamping mempelajari asas elektrik dan elektronik, kursus ini juga merangkumi modul Elektronik Kuasa, Sistem Kuasa, Mesin Elektrik, Pengalatan Elektronik, Kawalan Motor, Bekalan Kuasa Elektrik & Kawalan dan Keselamatan Industri. Kursus ini juga menawarkan modul-modul pengkhususan dalam bidang elektrik seperti Pengalatan Elektronik, Senggaraan Kejuruteraan, Kawalan Motor A.T, Sistem Perlindungan, Bekalan Kuasa Industri, kawalan Motor A.U dan Projek. Kursus ini juga menawarkan modul-modul elektif sebagai pilihan kepada pelajar. Pelajar yang berjaya menamatkan kursus ini berpeluang untuk menceburi bidang pekerjaan sebagai Pembantu Teknik dalam bidang industri pembuatan elektronik, penjanaan elektrik, industri petroleum dan gas serta industri perkhidmatan elektrik. Lulusan ini juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik.

 

 Broucher

 

DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (PERHUBUNGAN) (DEP)

 

Kursus ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam menguji, membaiki dan menentukur pengalatan elektronik. Pelajar akan mengikuti kuliah, melaksanakan tugasan, membuat kerja projek, melaksanakan kerja-kerja amali dan menjalani latihan industri di sepanjang tempoh kursus. Kursus ini mengandungi modul Asas Elektrik dan Elektronik, Pemasangan Elektrik, Sistem Digital, Litar Elektronik, Telekomunikasi, Pengalatan & Kawalan dan Keselamatan Industri. Kursus ini juga menawarkan modul-modul pengkhususan dalam bidang elektronik seperti Penyenggaraan & Baikpulih Alat Elektronik, Sistem Audio Visual, Sistem Mikropemproses & Pengawal Mikro, Sistem Komunikasi, Sistem Kawalan Automatik, Komunikasi Data dan Projek. Kursus ini juga menawarkan modul-modul elektif sebagai pilihan kepada pelajar.Pelajar yang berjaya menamatkan kursus ini berpeluang untuk menceburi bidang pekerjaan sebagai Pembantu Teknik dalam bidang industri pembuatan elektronik, penjanaan elektrik dan kawalan elektronik. Lulusan ini juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik.

 

 

DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMPUTER) (DTK)

 

Kursus ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam menguji peranti elektrik dan elektronik bagi membaikpulih perkakasan komputer. Pelajar akan mengikuti kuliah, melaksanakan tugasan, membuat kerja projek, melaksanakan kerja-kerja amali dan menjalani latihan industri di sepanjang tempoh kursus. Kurikulum kursus ini mengandungi modul Sistem Digital, Pengukuran dan pengalatan Elektronik, Sistem Pemprosesan Mikro, Akitektur Komputer & Penyenggaraan Komputer serta Kejuruteraan Perisian dan Keselamatan Industri. Kursus ini juga menawarkan modul-modul pengkhususan dalam bidang Elektronik (Komputer) seperti Sistem Mikropemproses & Pengawal Mikro, Sistem Komputer & Aplikasi, Pengaturcaraan, Komunikasi Data, Rekabentuk Litar Bersepadu Diagnosis & Senggaraan Sistem Komputer dan Projek. Kursus ini juga menawarkan modul-modul elektif sebagai pilihan kepada pelajar. Pelajar yang berjaya menamatkan kursus ini berpeluang untuk menceburi bidang pekerjaan sebagai Pembantu Teknik dalam bidang pembuatan elektronik dan perkhidmatan ICT. Lulusan ini juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik.

Broucher

Hubungi Kami

Politeknik Sultan Azlan Shah
Behrang Stesyen,35950 Behrang, Perak.

Tel: 605-4544431, Fax: 605-4544993
Email: pro.psas@psas.edu.my

Pertanyaan / Maklum Balas

Kod QR

Pautan Kerajaan

Find Us On Facebook
Find Us On Google
Find us on Youtube