Sample Sidebar Module

This is a sample module published to the sidebar_top position, using the -sidebar module class suffix. There is also a sidebar_bottom position below the menu.
Login
Register

Sample Sidebar Module

This is a sample module published to the sidebar_bottom position, using the -sidebar module class suffix. There is also a sidebar_top position below the search.
Jabatan Perdagangan

Peta Laman

Bahasa/Language

Ms-My   English (UK)
Open Panel
Jabatan Perdagangan (JP) yang diketuai oleh Encik Salehan Bin Marsim, merupakan salah satu jabatan akademik di Politeknik Sultan Azlan Shah. Jabatan ini menawarkan kursus di peringkat Diploma iaitu Diploma Akauntansi (DAT), Diploma Pemasaran(DPR), Diploma Pengurusan Peruncitan(DRM)  dan Diploma Pengajian Perniagaan(DPM).

Jabatan Perdagangan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kemudahan-kemudahan yang disediakan terdiri daripada bilik dan dewan kuliah, makmal perakaunan, bilik pembentangan, bilik studio dan modeling, bilik pengajaran mikro, bilik keusahawanan, bilik simulasi serta bilik pengajaran mikro. Pada masa ini Jabatan Perdagangan mempunyai seramai 42 tenaga pengajar akademik dan seorang staf sokongan.

Fungsi dan peranan Jabatan Perdagangan ialah untuk melahirkan tenaga kerja separa professional yang berkualiti, berketerampilan, berakhlak mulia serta bertanggungjawab bagi memenuhi keperluan tenaga kerja di sektor awam dan swasta selaras dengan visi dan misi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Bagi memenuhi keperluan visi dan misi tersebut para pelajar digalakkan bergiat aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dengan menyertai pertubuhan dan kelab yang berdaftar di Politeknik serta aktiviti sukan. Manakala pensyarah pula digalakkan menganggotai badan-badan ikhtisas bagi meningkatkan profesionalisme masing-masing.

Hubungi Kami

Politeknik Sultan Azlan Shah
Behrang Stesyen,35950 Behrang, Perak.

Tel: 605-4544431, Fax: 605-4544993
Email: pro.psas@psas.edu.my

Pertanyaan / Maklum Balas

Kod QR

Pautan Kerajaan

Find Us On Facebook
Find Us On Google
Find us on Youtube