Sample Sidebar Module

This is a sample module published to the sidebar_top position, using the -sidebar module class suffix. There is also a sidebar_bottom position below the menu.
Login
Register

Sample Sidebar Module

This is a sample module published to the sidebar_bottom position, using the -sidebar module class suffix. There is also a sidebar_top position below the search.
Unit Penilaian & Peperiksaan

Peta Laman

Bahasa/Language

Ms-My   English (UK)
Open Panel

Pengenalan

Unit Peperiksaan (UPEP) ialah satu unit yang bertanggungjawab menyiapkan kertas peperiksaan akhir semester, memproses keputusan penilaian selepas semester pengajian berakhir dan menyiapkan Sijil/Diploma bagi pelajar yang telah menamatkan pengajian.


Objektif UPEP


·         Menyiapkan kertas peperiksaan satu (1) minggu sebelum peperiksaan akhir bermula.

·         Memproses keputusan peperiksaan dalam tempoh dua (2) minggu selepas semester pengajian berakhir.

·         Menyiapkan Sijil/Diplpoma bagi pelajar yang telah menamatkan pengajian satu (1) minggu sebelum majlis konvokesyen.

 

 

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Unit Peperiksaan

·         Urusan Penyediaan Kertas Peperiksaan

·         Urusan Perlaksanaan Peperiksaan Akhir

·         Urusan Pemprosesan Keputusan Penilaian

·         Urusan Persijilan dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar

·         Urusan Penguatkuasaan Peraturan Penilaian

·         Urusan Pentadbiran Unit Peperiksaan

 

 

Kaedah Penilaian

 

Sistem Nilai Mata

Sistem penilaian yang digunakan di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi adalah Sistem Nilai Mata yang berdasarkan kaedah penilaian kuantitatif prestasi seseorang pelajar di dalam sesuatu kursus.

Mengikut sistem ini mata bagi sesuatu modul dibahagikan kepada beberapa kumpulan dalam sistem gred. Satu ukuran prestasi digunakan bagi menetapkan Purata Nilaian Mata (PNM) dan Himpunan Purata Nilaian Mata (HPNM). PNM menunjukkan prestasi pelajar bagi semester semasa manakala HPNM pula menunjukkan purata pencapaian akademik seseorang pelajar dalam semua semester yang telah dilaluinya. (Sila rujuk buku Arahan-Arahan Peperiksaan Dan Kaedah Penilaian)


Pemberatan Penilaian Berterusan (PB) dan Peperiksaan Akhir (PA)


·         Bagi modul am dan modul yang tidak melibatkan PA, penilaian dibuat secara 100% PB.

·         Bagi modul yang melibatkan PA, penilaian berdasarkan kepada 60% PB dan 40% PA.

·         PB boleh terdiri daripada:

o    Kuiz : ujian ringkas yang diberikan pada waktu kuliah selepas tamat sesuatu topik pengajaran.

o    Tutorial : latihan yang diberikan semasa kelas bimbingan.

o    Ujian : pengujian yang agak menyuluruh yang diberikan selepas beberapa topik selesai diajar.

o    Tugasan/kerja kursus : topik atau masalah tertentu yang perlu diselesaikan oleh pelajar.

o    Makmal/bengkel/Projek : laporan berkaitan yang dihantar oleh pelajar.

·         PA semester biasanya diadakan dua minggu sebelum tamat semester berkenaan.

Hubungi Kami

Politeknik Sultan Azlan Shah
Behrang Stesyen,35950 Behrang, Perak.

Tel: 605-4544431, Fax: 605-4544993
Email: pro.psas@psas.edu.my

Pertanyaan / Maklum Balas

Kod QR

Pautan Kerajaan

Find Us On Facebook
Find Us On Google
Find us on Youtube