Sample Sidebar Module

This is a sample module published to the sidebar_top position, using the -sidebar module class suffix. There is also a sidebar_bottom position below the menu.
Login
Register

Sample Sidebar Module

This is a sample module published to the sidebar_bottom position, using the -sidebar module class suffix. There is also a sidebar_top position below the search.

Peta Laman

Bahasa/Language

Ms-My   English (UK)
Open Panel

FIRA Malaysia Cup merupakan satu pertandingan kebangsaan yang dianjurkan setiap tahun dengan mengikut format antarabangsa seperti yang digariskan oleh FIRA. Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) menganjurkan FIRA Robot Soccer setiap tahun sebagai usaha untuk meningkatkan kefahaman dan minat pelajar serta pensyarah terhadap bidang robotik.

 

Pertandingan 8TH FIRA telah diadakan selama lima (5) hari bermula 10 sehingga 15 Mei 2015, bertempat di Politeknik Ungku Omar, Ipoh Perak. Sebanyak enam (6) kategori telah dipertandingkan iaitu Simurosot, Mirosot, Hurocup,Robosot, Androsot, dan MyBOT (My Inspiration Robot)

  

PSAS telah menghantar pasukan bagi tiga (3) kategori berikut:-

                                                                                            i.            Simurosot 

                                                                                         ii.            Mirosot 

                                                                                       iii.            MyBOT (My Inspiration Robot) 

          a) MyBOT Curling

          b) MyBOT Shooting

          c) MyBOT Open Creative

 

Kategori MyBOT turut melibatkan penyertaan daripada tiga buah sekolah iaitu SMK Methodist, Tanjung Malim, SMK Dato’ Zulkifli Muhammad, Slim River dan SMKA Slim River, iaitu pelajar PSAS sebagai mentor dan pelajar sekolah menengah sebagai mentee.

 

Pada 8TH FIRA kali ini PSAS berjaya merangkul:

 

i.                   JUARA ARENA MyBOT 

ii.                PINGAT EMAS – MyBOT Shooting (PSAS – SMK Methodist)

iii.             PINGAT PERAK – MyBOT Open Creative (PSAS – SMKA Slim River)

iv.             PINGAT PERAK – MIROSOT 

v.                PINGAT GANGSA – MyBOT Shooting (PSAS – SMKA Slim River)

vi.             PINGAT GANGSA – MyBOT Open Creative (PSAS – SMK Dato’ Zulkifli Muhammad)

Secara kesuluruhannya PSAS berada pada ranking ke 7 daripada 24 institusi pengajian tinggi awam yang bertanding pada 8th FIRA 2015 termasuk UTeM, UniMAP, UKM dan UiTM.

       Pada 24-29 Ogos 2013 yang lalu, Malaysia julung-julung kalinya telah menganjurkan 18th Fira Roboworld Cup & Congress di peringkat dunia. Pertandingan ini telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pertandingan Fira Roboworld Cup dan Congress. Jabatan Pengajian Politeknik telah diberi kepercayaan untuk menjadi penganjur bagi Fira Roboworld Cup manakala Universiti Kebangsaan Malaysia telah dipilih untuk menganjurkan Congress.

Pasukan RoboSoccer PSAS Menerima Pingat Kemenangan dari Datuk Hj. Mohlis Bin Jaafar



      Pertandingan kali ini telah disertai oleh 10 negara dari seluruh dunia dan sebanyak 7 kategori pertandingan  telah dipertandingkan. Kategori-kategori tersebut ialah Simorosot, Horucup, Robosot, Amiresot, Narosot dan Mirosot. Pasukan RobotSoccer PSAS telah menghantar 3 pasukan untuk menyertai 2 kategori pertandingan, iaitu Mirosot-Merlin Cup dan Simurosot. Dua kumpulan pelajar menyertai Simurosot manakala satu pasukan menyertai  Mirosot-Merlin Cup. Pelajar-pelajar yang terlibat di dalam pertandingan ini ialah Mu Az Toshihiko Bin Mansor,Muhamad Arif Bin Omar, Luth Bin Gaaos Madi, Zaidil Bin Tulos  dan Badrul Amin Bin Hashim manakala pensyarah-pensyarah yang terlibat ialah Noor Azizah Binti Mat Isa, Farah Azura Binti Abdul Rahman, Anis bin Pauzi, Azhar Bin Ramli dan Shahrizat bin Mokhtar.         

      Berkat latihan intensif yang berterusan dan usaha gigih pensyarah dan pelajar,  pasukan PSAS telah berjaya menjadi naib juara bagi kategori Mirosot-Merlin Cup. Psas telah menundukkan 3 pasukan lain untuk muncul sebagai juara kumpulan dan seterusnya melayakkan diri ke pertandingan separuh akhir. Di peringkat separuh akhir PSAS telah berjaya menundukkan pasukan dari Politeknik Sultan Idris Shah dengan jaringan penalti 1 berbalas 0. Manakala pada peringkat akhir, PSAS bertemu dengan pasukan dari politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) bagi penentuan juara. Walaupun PSAS sebenarnya telah menewaskan pasukan ini diperingkat kumpulan namun pada perlawanan akhir nasib tidak menyebelahi pasukan PSAS apabila telah tewas tipis dengan PSMZA dengan jaringan 2 berbalas 3. Punca kekalahan adalah disebabkan keadaan robot pertahanan yang telah mengalami  kerosakan teknikal di separuh masa kedua yang menyebabkan robot tersebut tidak dapat bergerak.

     Bagi kategori Simorosot pula kedua-dua pasukan, PSAS 1 dan PSAS 2 berjaya menjadi naib juara bagi peringkat kumpulan D dan Kumpulan G sahaja, di mana sertiap pasukan telah memenangi 2 perlawanan dari 3 perlawanan yang dipertandingkan. Walaupun hanya berjaya menjadi naib juara kumpulan namun kedua-dua pasukan telah menunjukkan prestasi yang boleh dibanggakan. Ini adalah kerana pada tahun lalu pasukan PSAS tidak memenangi sebarang perlawanan bagi kategori ini.

      Pertandingan ini telah memberi berbagai  impak yang positif kepada pelajar. Semasa perlawanan berlangsung pelajar perlu bertindak dengan pantas untuk menukar strategi sekiranya perlu dan segera mengenal pasti serta mengatasi sebarang masalah teknikal yang terjadi. Oleh itu melalui pertandingan ini, pelajar-pelajar dapat membentuk semangat juang yang tinggi dan juga semangat bekerjasama di antara satu sama lain. Selain itu, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif juga dapat diterapkan. Pelajar-pelajar perlu menyusun dan menukar strategi terbaik dari masa ke semasa dan mengaplikasikannya di dalam pengaturcaraan untuk memastikan kemenangan pasukan.


Pasukan RoboSoccer PSAS bergambar bersama En Abdul Karim Bin Jaafar dan Puan AminahBinti Othman


       Semoga pasukan RoboSoccer PSAS terus maju di tahun-tahun akan datang. Ribuan terima diucapkan kepada semua yang terlibat. Kerjasama dan perhatian yang berterusan dari semua pihak amatlah diperlukan. Kemahiran sedia ada  perlu dipertingkatkan dan ruang-ruang  kelemahan yang ada perlu diperbaiki. Matlamat utama pasukan bukan sahaja untuk mengharumkan nama PSAS  di persada antarbangsa namun sebagai  salah satu usaha untuk melahirkan bukan sahaja pelajar  yang cemerlang dalam bidang akademik malah untuk melahirkan pelajar yang cerdas emosi,  di mana pelajar bukan sahaja mampu menerima malah  mampu untuk menilai , mengelola, serta mengawal emosi dirinya dan orang lain di sekitarnya.       

PSAS MENYEMAI “KASIH” BERSAMA-SAMA ANAK YATIM BAITUL MAHABBAH

PROGRAM        : POLITEKNIK KASIH KOMUNITI 1 MALAYSIA
ANJURAN        : JABATAN KEJURUTERAAN AWAM (JKA)
TARIKH           : 2 MAC 2013 (SABTU)
MASA            : 7.30 PAGI – 12.00 PETANG
TEMPAT         : RUMAH ANAK YATIM BAITUL MAHABBAH TANJUNG MALIM PERAK
   

BEHRANG, 2 MAC 2013 – Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) telah menjayakan satu program amal bersangkutan dengan program utama “Politeknik Kasih 1 Malaysia diadakan serentak seluruh negara pada tarikh tersebut.  Program amal “Politeknik Kasih” ini adalah cerminan warga pelajar dan staf politeknik menyumbang bakti kepada penduduk setempat di kawasan kejiranan mereka. Program ini bermatlamat untuk memupuk rasa cinta sesama warga Malaysia dan memupuk semangat kejiranan prihatin dikalangan warga politeknik dan warga setempat di sini. Selain itu, warga politeknik juga dapat berkongsi kemahiran dan ilmu mereka kepada masyarakat luar.  Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Sultan Azlan Shah telah menghantar seramai 26 orang pelajar dari Kelab Mesra Alam yang terdiri daripada pelajar Diploma Ukur Bahan (DUB), Diploma Kejuruteraan Awam (DKA) dan beberapa disiplin lain semester 2 sesi Disember 2012. Program ini juga telah diiringi 12 orang pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam.

Program ini bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari bertempat di Rumah Anak Yatim Baitul Mahabbah, Tanjung Malim. Aktiviti yg dijalankan adalah senamrobik bersama anak-anak yatim, gotong royong membersihkan halaman dan dalaman rumah tersebut. Setelah selesai kerja gotong royong, peserta program ini turut dihidangkan dengan persembahan nasyid daripada anak-anak yatim di bawah bimbingan En Amin bin Hazan iaitu salah seorang pengasuhan di rumah anak yatim tersebut. Majlis penutup Program Politeknik Kasih 1 Malaysia ini telah dirasmikan oleh Yang Setia Lt. Kol. (PA) MOHAMAD AMIN BIN HAMAT selaku pengarah PSAS. Sesungguhnya aktiviti tersebut  merupakan satu cara PSAS memberikan amal bakti kepada warga setempat yang berdekatan dengan “Alma Mater” tersebut.

Sesi Senamrobik bersama-sama warga Baitul Mahabbah

Warga PSAS bergotong royong membersih peralatan Baitul Mahabbah

Pengarah ( berkacamata) melawat ke tapak program

Semua yang terlibat bergambar bersama pengarah PSAS

Alunan nasyid harmoni dari warga Baitul Mahabbah

 Dikeluarkan oleh :    Mohd Hafiz Bin Mohd Isa
                             Pegawai Perhubungan Awam
                             Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)
                             Kementerian Pengajian Tinggi

 

“ Mengeratkan Hubungan Silaturahim Antara Pelajar dengan Masyarakat Luar”

Tarikh       : 22/09/2012
Tempat     : Rumah Anak Yatim Dan Miskin “Anning” ,Ipoh, Perak
               : Gua Tempurung, Perak
Masa        : 7.00a.m – 8.00p.m


Program Bakti Siswa di Rumah Anak Yatim Dan Miskin “Anning” Ipoh mempunyai 39 orang peserta termasuklah penasihat program. Kami bertolak pada pukul 7:30 pagi, 15minit lewat daripada masa yang telah ditetapkan kerana pihak kami mempunyai beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Semasa dalam perjalanan, kami berhenti di Hentian Rehat Tapah untuk menjamu selera. Tepat pada pukul 9:00 pagi, kami bertolak ke Rumah Anak Yatim Dan Miskin “Anning” Ipoh. Tepat pada 9:40 pagi, kami tiba di destinasi.


Sejurus tiba di sana, kami disambut oleh anak – anak yatim dan kedatangan kami amat dialu-alukan oleh mereka. Seterusnya, kami diteruskan dengan minum pagi bersama mereka. Selepas itu, pada pukul 11:00 pagi kami semua dikehendaki untuk mendengar ucapan aluan daripada Pengetua Rumah Anak Yatim tersebut iaitu Puan Eline Chin. Di samping itu, Puan Eline juga menerangkan bahawa kemudahan yang disediakan di sana seperti perpustakaan, bilik tuisyen, bilik tidur, dapur, kelas tarian, kelas lukisan dan lain-lain. Kebanyakan kanak-kanak adalah tergolong daripada anak yatim di mana mereka adalah terdiri daripada keluarga ibu atau bapa tunggal serta mempunyai ibubapa yang menagih dadah. Lingkungan anak- anak yatim adalah berumur antara 2 tahun sehingga 17 tahun dan mempunyai jumlah sekurang-kurangnya 32 orang.


Seterusnya, pada pukul 11:30 pagi kami pun memulakan aktiviti dengan membahagikan semua anak yatim tersebut kepada tujuh kumpulan manakala setiap kumpulan mempunyai lapan sehingga sembilan orang termasuk dengan peserta daripada Politeknik Sultan Azlan Shah. Kami memulakan aktiviti dengan sesi pengenalan dan diteruskan dengan menyanyikan lagu bersama-sama dengan mereka. Selepas itu, kami pun memulakan aktiviti yang telah di rancang, iaitu adalah untuk membuat topeng muka. Masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan topeng muka adalah selama 30 minit. Mereka semua dikehendaki untuk melukis topeng tersebut dengan menggunakan kreativiti sendiri. Setelah itu, kumpulan yang telah siap melukis dikehendaki untuk mengangkat tangan dan sesi penggambaran diadakan. Semua peserta termasuk anak-anak yatim sangat minat dalam aktiviti ini dan memberi komitmen yang sangat memberangsangkan. 
Tepat pukul 12:30 tengah hari, semua peserta dan anak-anak yatim dikehendaki untuk berkumpul di ruang makan untuk makan tengah hari. Selepas makan tengah hari tersebut, kami meneruskan aktiviti yang terakhir iaitu semua peserta dan anak-anak yatim dikehendaki untuk menulis cita-cita dan impian masing-masing di atas satu kertas dan seterusnya memasukkan ke dalam bekas yang telah disediakan. 
Selepas itu, semua peserta dan anak- anak yatim dikehendaki untuk berkumpul dan menyaksikan persembahan daripada anak- anak yatim. Mereka sangat aktif dan persembahan yang sangat menarik. Seterusnya, penyampaian hadiah dan cenderahati kepada Pengetua Rumah Anak Yatim Dan Miskin “Anning” Ipoh. Akhir sekali, persembahan nyanyian daripada semua peserta. Dengan berakhirnya persembahan tersebut, maka berakhirlah sudah Program kita pada hari itu.

Oleh itu, Program ini bukan sahaja dapat memupuk semangat bekerjasama di antara satu sama lain malah dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar dengan masyarakat luar. Program ini memberi pengalaman yang amat menghargai dan memberi peluang untuk kita mengenalkan dengan mendalam.
Kita bertolak daripada Rumah Anak Yatim Dan Miskin “Anning”  Ipoh pada pukul 2.20 petang dan sampai ke Gua Tempurung pada pukul 3.05 petang. Program ini adalah membuat lawatan sambil belajar di Gua Tempurung yang berada di Kinta, Perak. Kami diberi masa selama 1:30 untuk membuat lawatan di Gua Tempurung dan bertolak daripada Gua Tempurung pada 5:00 petang.

Untuk pengetahuan semua, Gua Tempurung ini merupakan  gua besar di mana  rumit sistem dengan speleotherms indah seperti stalagmit, stalaktit, kolam batu rim, langsir, straw, kristal calcite dan tiang.  Gua ini mempunyai banyak lagi bentuk seni bina gua batu kapur semula jadi. Formasi yang paling dikenali adalah stalagmit (tumbuh di atas lantai gua) dan stalaktit (berkembang pada siling atau dinding gua).  Mereka membangunkan apabila kalsium bikarbonat yang mengandungi air menitis ke bawah sendi di bumbung gua. Penurunan sebahagiannya boleh menguap dan ia tergantung sedikit. Sejumlah kecil kalsium karbonat juga disimpan dan ia meninggalkan kesan yang melata. Apabila menitis setitik, penyejatan separa berlaku dan apabila percikan menitis di atas lantai, mereka menyebabkan stalagmit berkembang. Secara umumnya, stalagmit adalah lebih tebal daripada stalaktit, yang nipis dan rapuh. Apabila stalaktit tumbuh terlalu lama, mereka mudah pecah.

Selain itu, Tiang Gua terbentuk apabila deposit kalsium karbonat dari atas bertemu dengan orang-orang di bawah. Terdapat juga pembentukan jari dipanggil helictites yang berasal dari stalaktit. Langsir Jari terbentuk apabila air yang mengalir melalui retak panjang di bumbung, menyebabkan menitis untuk mengambil tempat di beberapa tempat. Apabila air terus mengalir ke bawah dinding atau di sepanjang lantai, flowstone terbentuk. Kesan corak Ridge berlaku apabila berat air hujan jatuh atas permukaan yang tidak teratur. Mengikut penerangan, pembentukan sebatang tiang gua memerlukan masa sekurang-kurangnya 200 tahun.

Seterusnya, sungai atau aliran aliran di sepanjang laluan gua di bahagian terendah galeri gua. Aliran mempunyai jalan berlubang di bawah permukaan air, dan kolam renang di mana harga rendah lantai. Ia mempunyai paras air yang berbeza di terbentang yang berbeza, dari buku lali yang mendalam ke dada tinggi. Aliran menemui jalan keluar gua dan lereng bukit.

Kesimpulannya, program ini telah memberi pelbagai manfaat kepada kami terutamanya dalam ilmu pengetahuan dan sejarah Gua Tempurung. Selain itu, kami juga dapat mengetahui tentang kejadian yang tercipta untuk gua semula jadi yang memerlukan masa yang beribu-ribu tahun membentuk dan juga kita harusnya menghargai dan menyayangi segala alam semula jadi yang dikurniakan.

Contact Us

Politeknik Sultan Azlan Shah
Behrang Stesyen,35950 Behrang, Perak.

Tel: 605-4544431, Fax: 605-4544993
Email: pro.psas@psas.edu.my

Enquiry / Feedback

QR Code

Goverment Links

Find Us On Facebook
Find Us On Google
Find us on Youtube