Laman Web rasmi Politeknik Sultan Azlan Shah

PENGENALAN

Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) adalah salah sebuah jabatan akademik sokongan terdapat di Politeknik Sultan Azlan Shah. Jabatan ini bertanggungjawab mengendalikan pengajaran dan pembelajaran modul-modul berkaitan Matematik, Pengkomputeran dan juga Sains Kejuruteraan.

JMSK dianggotai seramai 32 orang pensyarah yang terdiri daripada pelbagai bidang akademik seperti Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal, Teknologi Maklumat dan juga Sains Komputer. Mereka kemudiannya dibantu oleh 4 orang pembantu makmal dalam menguruskan hal-hal berkaitan penggunaan dan pengurusan makmal .

Dari segi infrastruktur , JMSK bertanggungjawab menguruskan makmal-makmal pengkomputeran dan juga makmal – makmal sains supaya boleh digunapakai oleh pensyarah dan juga pelajar daripada semua jabatan induk. Penggunaan makmal pengkomputeran dan juga makmal sains adalah mengikut jadual waktu yang telah dirancang.


MISI

Menyokong misi politeknik dalam usaha melahirkan insan kamil yang cemerlang dan berketrampilan dalam bidang kejuruteraan dan perdagangan sebagai pemangkin kea rah pembangunan dan kemajuan negara.

VISI

Menjadikan ilmu matematik, sains dan komputer sebagai teras kegemilangan dan kecemerlangan politeknik.

OBJEKTIF


Melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi serta kejuruteraan.
Membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan teori-teori yang telah dipelajari sebagai aspek praktikal dan sebaliknya.
Memupuk sifat bertanggungjawab dan berkeyakinan diri.

Find Us On Facebook
Find us on Youtube