Laman Web rasmi Politeknik Sultan Azlan Shah

Calon-calon DIKEHENDAKI melaksanakan perkara berikut :
(Bagi calon yang telah menghantar Borang Jawapan Tawaran (BJT) ke PSAS sahaja)

1. Memuat turun dan mencetak dokumen berikut :-
•    Surat Panggilan Pelajar Baharu dan Manual Pendaftaran Online (SPMP)
•    Buku Panduan Pendaftaran Pelajar
•    Borang Pendaftaran (BHHP 1-BHHP 7)
•    Borang Asrama

2. Membuat pembayaran di mana-mana kaunter cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan CIMB.
(Rujuk Maklumat Bayaran dalam Panduan Pendaftaran Pelajar atau rujuk di Surat Panggilan Pelajar Baharu Sesi Jun 2013)
PERINGATAN :
•    Sila pastikan Borang Jawapan Tawaran (BJT) anda telah diterima oleh pihak Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pembayaran.
•    Politeknik tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan yang di buat tanpa merujuk kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSAS.
•    Kesilapan pembayaran adalah tanggungjawab calon pelajar sendiri. Sebarang tuntutan semula bayaran tidak akan dilayan.


3. Melaksanakan proses pendaftaran online melalui Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar (SPMP) selepas 36 jam membuat pembayaran di Bank Islam.
•    Sistem SPMP akan diaktifkan mulai 01 Jun 2013
•    Cetakan Pengesahan SPMP perlu di bawa pada hari pendaftaran.


4. Melapor diri di PSAS pada hari pendaftaran yang telah ditetapkan. Pastikan membawa bersama dokumen berikut :-
a) Borang Pendaftaran (BHHP 1- BHHP 7)
b) Borang Asrama
- Lampiran 1 (Borang Maklumat Penghuni Asrama) – perlu diisi dan diserahkan semasa pendaftaran
- Lampiran 2 (Senarai Inventori Asrama) – diserahkan apabila pelajar memasuki asrama
c) Slip Pengesahan Pendaftaran SPMP
d) Gambar berukuran passport

Find Us On Facebook
Find us on Youtube