Laman Web rasmi Politeknik Sultan Azlan Shah

Apakah kursus yang ditawarkan di JKA?

 

 Di Jabatan Kejuruteraan Awam menawarkan 3 jenis kursus utama iaitu:

 

  • Kursus Kejuruteraan Awam
  • Kursus Perkhidmatan Bangunan
  • Kursus Ukur Bahan

 


Semua Kursus Kejuruteraan Awam menawarkan Kursus peringkat Diploma sahaja

 

 

Apakah kemudahan pengajaran dan pembelajaran dan kemudahan asas di JKA?

Kemudahan P & P di JKA adalah:
Bilik Pensyarah

  1. Surau Pensyarah/Pelajar
  2. Bilik Kelab Pelajar
  3. Bilik Kaunseling
  4. Dewan Kuliah
  5. Bilik Kuliah
  6. Ruang Bilik Pensyarah
  7. Bengkel-Bengkel / Makmal Ukur
  8. Bilik Lukisan Kejuruteraan
  9. Bilik Mesyuarat
  10. Bilik Unit Kualiti
  11. Bilik Unit Peperiksaan
  12. Tandas Staf/ Pelajar

 

 

 

Apakah misi dan visi JKA?

 

 MISI 

Menghasilkan tenaga kerja separa professional yang berkualiti bagi menampung keperluan sektor awam dan swasta di Malaysia dalam bidang Kejuruteraan Awam. 

VISI 

Membantu politeknik menjadi pusat kecemerlangan Pendidikan dalam bidang kejuruteraan serta berazam melahirkan graduan yang berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Negara.

 

 

 

Apakah prospek pekerjaan dalam bidang kejuruteraan awam?

 

 PROSPEK PEKERJAAN DALAM BIDANG KEJURUTERAAN AWAM 

Jabatan Kerajaan khususnya JKR, JPS, Majlis Perbandaran dan Perbadanan Kemajuan ekonomi Negeri. Syarikat swasta seperti syarikat pembinaan, pemaju perumahan, kontraktor dan konsultan.

 

 

Apakah aktiviti luar yang dijalankan oleh JKA?

 

 Antara aktiviti luar yang dijalankan di JKA seperti:

 

  • Sukan Jabatan
  • Lawatan sambil belajar
  • Lawatan penandaarasan di IPT
  • Ceramah yang berkaitan agama, keselamatan, kerjaya, isu-isu semasa.
  • Gotong-royong jabatan.
  • Jamuan Muhibbah.

 

 Di manakah kedudukan JKA?

 

 Berada di sebelah kanan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan di belakang unit Hal-Hal Pelajar.

 

 

 

Berapa lamakah tempoh pengajian di peringkat diploma di JKA?

 

 Untuk peringkat Diploma minima 3 tahun.

 

 

Adakah JKA menawarkan kursus lebih tinggi dari peringkat diploma?

 

 Tiada

 

 

Find Us On Facebook
Find us on Youtube