SIARAN DALAMAN
MAKLUMAN PENETAPAN MARKAH LULUS PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PB) DAN PEPERIKSAAN AKHIR (PA) SERTA SYARAT LAYAK MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR
BAGI PROGRAM PENGAJIAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI
Berdasarkan Edaran Makluman Berkaitan Penetapan Markah Lulus Pentaksiran Berterusan, Penilaian Akhir dan Peperiksaan Akhir bagi semua Program Politeknik dan Kolej Komuniti, JPPKK.BPN.100-1/7/1(39) bertarikh 18 Februari 2023, maka berikut adalah makluman berkaitan Pelaksanaan Syarat Lulus PB dan PA di Politeknik Sultan Azlan Shah mulai Sesi II : 2022/2023 bagi program Diploma dan Sesi Akademik II : 2022/2023 bagi program Sarjana Muda.
1. Pihak Pengurusan JPPKK telah menetapkan markah lulus PB dan PA bagi semua Program Politeknik dan Kolej Komuniti adalah seperti berikut:-
JENIS PENTAKSIRAN |
PERATUS LULUS |
PB |
40% dan ke atas |
PA |
20% dan ke atas |
2. Bagi pelajar gagal menepati syarat lulus PB dan PA tersebut, pelajar akan diberi gred mengikut pencapaian pelajar. Walaubagaimanapun, pelajar dikira telah mengambil dan gagal kursus berkenaan. Pelajar hendaklah mengulang kursus berkenaan pada semester berikut sekiranya kursus tersebut ditawarkan dan mengikuti semula aktiviti-aktiviti pembelajaran bagi kursus-kursus berkenaan sepenuhnya.
3. Berkenaan penambahan syarat layak menduduki peperiksaan akhir yang telah dimaklumkan sebelum ini melalui pautan video Penetapan Markah Lulus PB dan PA di dalam Portal PSAS di bahagian Unit Penilaian dan Peperiksaan adalah dibatalkan.
4. Oleh itu, syarat layak menduduki peperiksaan akhir masih kekal sama seperti yang termaktub dalam Buku Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian, Bahagian 3, Perkara 13.1 iaitu:-
- Perkara 13.1.1 telah mendaftar kursus berkenaan sebagaimana perkara 5
- Perkara 13.1.2 telah menghadiri 80% atau lebih kuliah/tutorial/amali bagi jangkamasa yang ditetapkan.
5. Bagi pelajar yang tidak menghadiri peperiksaan akhir tanpa alasan yang munasabah dan pelajar yang dihalang daripada menduduki peperiksaan, pelajar akan diberi Gred F dengan Nilai Mata 0.00 bagi kursus berkenaan. Pelajar dikira telah mengambil dan gagal kursus berkenaan.
6. Semua pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah akan menjalani Peperiksaan Akhir bagi program Diploma dan Sarjana Muda seperti ketetapan di bawah:
PROGRAM |
TARIKH |
DIPLOMA |
06 – 22 JUN 2023 |
SARJANA MUDA |
12 - 22 JUN 2023 |
7. Perlaksanaan Peperiksaan Akhir adalah merujuk kepada Jadual Waktu Peperiksaan Akhir yang telah disediakan oleh Unit Penilaian dan Peperiksaan PSAS. Jadual ini akan dimuatnaik di dalam Portal PSAS mulai 22 Mei 2023. Pelajar diwajibkan menepati tarikh dan masa yang ditetapkan seperti dalam jadual tersebut.
8. PSAS mengucapkan Selamat Maju Jaya dalam Peperiksaan Akhir kepada semua pelajar Diploma Sesi II : 2022/2023 dan Sarjana Muda Sesi Akademik II : 2022/2023. Semoga kejayaan di dalam genggaman anda semua.
“Guru Insani Pemangkin Generasi Madani”.
Siaran dalaman - Muat Turun
PENGURUSAN
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
17 MEI 2023