Program ini telah dijalankan pada 15-17 Mei 2023 yang disertai oleh para pensyarah daripada beberapa politeknik terpilih, terutama yang menerima peralatan TeCC 3.0 dan TeCC 4.0. Turut terlibat adalah Dr. Zainal Azhar Zainal Abidin, mantan Pengarah BIPD, JPPKK selaku mentor program ini, Timbalan Pengarah BIPD, Dr. Mohd Najib Hamdan, Timbalan Pengarah PSAS, Ts. Salhana Sahidin@Salehudin, serta barisan urusetia daripada Pusat e-Pembelajaran PSAS dan BIPD, JPPKK yang hadir sepanjang 3 hari program berlangsung. Objektif program ini adalah untuk menghasilkan garis panduan TeCC yang boleh dijadikan rujukan kepada semua warga PolyCC yang menggunapakai ruang TeCC 2.0, TeCC 3.0 dan TeCC 4.0.

