Sukacita dimaklumkan, PSAS telah dilantik sebagai pengelola Pertandingan Ikon Siarawan 2023. Sehubungan itu, PSAS sedang mencari bakat-bakat yang berpotensi untuk mewakili PSAS ke pertandingan berkenaan.
Di antara objektif Ikon Siarawan adalah mencungkil bakat para pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti dalam bidang pengacaraan, kewartawanan dan penyiaran.
Justeru, pelajar-pelajar PSAS dijemput untuk menghantar penyertaan bagi pemilihan wakil PSAS ke pertandingan berkenaan.
Untuk sebarang pertanyaan, pelajar boleh menghubungi Puan Ezatul Marini binti Mohd Ghazali di talian 017-3790240
***********************
TATACARA PENDAFTARAN DAN SYARAT PENYERTAAN,
PEMILIHAN WAKIL PSAS KE PERTANDINGAN IKON SIARAWAN 2023
i. Peserta dikehendaki mengisi borang pendaftaran rasmi (Google form) dan menyertakan pautan video pengenalan diri untuk pusingan kelayakan. Imbas kod QR berikut untuk ke pautan Google form
Pautan borang: BORANG
Tarikh akhir penghantaran video penyertaan ialah pada 21 OGOS 2023, JAM 5.00 PETANG.
TATACARA PENYEDIAAN DAN PENGHANTARAN PAUTAN VIDEO
i. Sediakan video pengenalan diri yang berdurasi TIDAK KURANG dari 1 minit dan TIDAK LEBIH dari 2 minit. Video mestilah mengandungi:
a. Maklumat diri dan institusi
b. penerangan ringkas tentang apakah IKON SIARAWAN menurut perspektif anda
ii. Muatnaik video tersebut di platform Youtube, tetapkan โvisibilityโ sebagai โunlistedโ.
iii. Salin pautan video anda (di platfrom Youtube), dan sertakan dalam Google form yang diberikan.
iv. Peserta diberikan kebebasan untuk menghasilkan video menggunakan apa-apa aplikasi yang bersesuaian mengikut kreativiti masing-masing.
v. Video peserta akan dinilai berdasarkan (a) aura (b) suara (c) kredibiliti (d) kandungan dan (e) gaya penampilan.
vi. Penyertaan akan terbatal jika video yang dihantar tidak mematuhi syarat yang ditetapkan.
****
Tiktok | Facebook | Twitter : @psasofficial
Instagram : @psasofficial1
Youtube : Politeknik Sultan Azlan Shah
Youtube : PSAS SHOUT! TVET
#GemilangPSAS #FestivalOfIdeasPSAS #PoliteknikMalaysia #welovepolycc