Latar Belakang

MVI 9950

Perpustakaan Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) merupakan satu unit yang berfungsi sebagai pusat carian maklumat bagi tujuan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan kepada warga PSAS khasnya. Perpustakaan ini telah beroperasi sejak April 2003. Kedudukannya yang strategik iaitu di Blok B dan berhampiran dengan semua jabatan serta bilik-bilik kuliah pelajar. Bangunan ini mempunyai keluasan lantai 3774 meter persegi dan mampu menampung 1000 orang pengguna dalam satu masa.

Sehingga kini jumlah koleksi di Perpustakaan PSAS ialah sebanyak 41928 bahan yang meliputi semua bidang pembelajaran dan pengajaran. Kesemua bahan disusun dengan menggunakan sistem pengkelasan LCC dan LCSH bagi penentuan tajuk perkara.

Perpustakaan PSAS menyediakan Perkhidmatan Sirkulasi (Peminjaman/ Pemulangan), Perkhidmatan Rujukan, Perkhidmatan Atas Talian (Sistem OPAC dan Elib2U), Bilik Perbincangan, Penggunaan Makmal Komputer, Perkhidmatan Meja Karel, Rujukan Red-Spot, Bilik Penyimpanan Barang dan Sudut Bacaan Kanak-Kanak. Semua kemudahan ini boleh digunakan oleh warga PSAS mengikut waktu perkhidmatan Perpustakaan PSAS.

Hubungi Kami

Politeknik Sultan Azlan Shah
Behrang Stesyen,35950 Behrang, Perak.

Tel: 05-4544431 (TALIAN UTAMA), 05-4544504, 05-4543867, 05-4544161, 05-4544896

Faks: 05-4544993

Emel: propsas@polycc.edu.my

 

 

Pos Pengawal Keselamatan PSAS
05-4543075

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (KJHEP)
05-4544086

PUSAT KAWALAN BENCANA
05-4544086

 

Kaunter Pelawat

2173164
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Semua Hari
829
1256
2085
2173164

2023-12-11 11:53

Search