SMART GREEN POLYCC
Pentauliahan Program Kemahiran
Politeknik Sultan Azlan Shah sebagai
Pusat Bertauliah Cawangan Jabatan Pendidikan
Politeknik
Kursus Green Technology Compliance dijalankan bagi
mendokong matlamat pembangunan mampan (SDGS) KE-4 iaitu Pendidikan Berkualiti
dan mencapai matlamat ke-8 SDGS iaitu Pekerjaan
Yang Sesuai Dan Pembangunan Ekonomi.
BLUEPRINT POLYGREEN dibentuk bagi menyokong dasar
kerajaan bagi menggalakkan pengurangan intensiti pelepasan gas karbon dioksida
sebanyak 40% dari aras tahun 2005 menjelang tahun 2020 dan akan menjadikan
politeknik sebagai sebuah institusi mampan, unggul dan cemerlang di Malaysia. Maka
Pelan Tindakan 5 adalah pelan tindakan yang dilaksanakan dalam menerapkan elemen hijau merentas
kurikulum serta meningkatkan peratusan elemen hijau di dalam kurikulum.



