Buku Konvo21 PSAS

Pada 7 Mac 2004, PTM dengan rasminya bernaung di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan menawarkan 7 program sijil dan 8 program diploma pada ketika itu. Pada 7 Mei 2005, DYMM Paduka Seri Sultan Perak ke-34, Sultan Azlan Muhibbudin Shah mencemar duli merasmikan kampus PTM yang kemudiannya diubah nama kepada gelaran Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS). Bermula Julai 2010, PSAS menawarkan 14 program pengajian di peringkat diploma. Manakala program Ijazah Sarjana Muda mula ditawarkan pada tahun 2014. Kesemua program pengajian di PSAS dikelolakan oleh 4 jabatan utama iaitu JabatanKejuruteraanAwam, JabatanKejuruteraanElektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Perdagangan, dan 2 jabatan sokongan iaitu Jabatan Pengajian Am dan Jabatan Matematik, Sains dan Komputer. Sehingga kini, PSASmempunyai seramai 308 staf akademik dan 100 staf sokongan. Majlis konvokesyen pertama PSAS telah berlangsung pada 20 Mei 2006 di mana seramai 448 orang lulusan telah menerima sijil. Kampus PSAS direka bagi mempunyai kapasiti untuk menampung 3,600 orang pelajar dan sehingga kini, PSAS telah menghasilkan seramai 26,213 graduan. 51

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2