Buku Konvo21 PSAS

JABATAN DAN PROGRAMYANG DITAWARKAN .......................................................................................................................................................................................................................................................... JABATAN MATEMATIK, SAINS DAN KOMPUTER (JMSK) Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) adalah salah sebuah jabatan sokongan akademik di Politeknik Sultan Azlan Shah. Jabatan ini bertanggungjawab mengendalikan pengajaran dan pembelajaran bagi modul Matematik Kejuruteraan, Pengkomputeran dan Sains Kejuruteraan bagi melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat, komunikasi dan kejuruteraan. JABATAN PENGAJIAN AM (JPA) Jabatan PengajianAm (JPA) adalah salah satu daripada jabatan sokongan akademik yang menyumbang tenaga bagi merealisasikan visi dan misi Politeknik Sultan Azlan Shah. Unit Bahasa Inggeris memainkan peranan membantu pelajar menguasai penggunaan Bahasa Inggeris sama ada dalam bentuk penulisan mahupun lisan sebagai persediaanmenghadapi alampekerjaan dan kehidupan di masa hadapan. Manakala Unit Pendidikan Islam dan Moral berfungsi untuk membentuk pelajar yang seimbang dari segi rohani dan jasmani sama ada dalambentuk teori dan praktikal sebagai kesinambungan dalam penghayatan kehidupan mereka. JABATAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KEBUDAYAAN (JSKK) Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) merupakan unit yang telah diwujudkan semenjakPoliteknik SultanAzlan Shah ditubuhkan. Fungsi utama JSKK ialah merangsang, mengelola dan memantau semua aktiviti sukan dan kokurikulum di PSAS, menyediakan pasukan- pasukan sukan dan kumpulan kokurikulum PSAS bagi semua aktiviti/pertandingan luar di semua peringkat (pemilihan, latihan, urustadbir), perolehan, pentadbiran dan penambahbaikan kemudahan serta peralatan sukan dan kokurikulum, pengurusan kokurikulum dan pengurusan peralatan sukan dan merancang program peningkatan kemahiran staf dalam bidang sukan dan kokurikulum. JABATANHALEHWALPELAJAR(JHEP) Usaha yang terencana oleh Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) untuk melahirkan graduan yang seimbang, berciri keusahawanan dan holistik dan mempunyai ciri kepimpinan, beradab, bersusila, berdikari, ketahanan fizikal dan mental telah membawa kepada penubuhan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) pada Mac 2002. JHEP dibahagikan kepada dua unit utama berlandaskan kepada fungsi bahagian. Teras kepada matlamat dan halatuju JHEP digariskan dalam pernyataan objektif, visi dan misi jabatan. 56

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2