BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
3 BAB Keselamatan 3.1 Keselamatan diri Sentiasa mematuhi semua peraturan dan panduan yang ditetapkan sewaktu menjalankan aktiviti sama ada secara formal atau tidak formal. Peraturan ditetapkan bagi menjaga keselamatan semua pihak. Pelajar wanita lebih terdedah kepada ancaman keselamatan. Oleh itu, pergerakan secara berkumpulan dapat mengurangkan risiko terhadap sebarang bentuk bahaya. 3.2 Keselamatan wanita 3.3 Keselamatan elektrik Sentiasa mematuhi tatacara penggunaan peralatan elektrik. Laporkan sebarang kerosakan peralatan elektrik kepada pihak berkenaan dengan segera. 3.4 Keselamatan siber Jenayah siber boleh mengakibatkan kerugian wang ringgit, penipuan, pemerasan dan lain-lain. Penipuan dalam talian ( online ) sering menjadikan pelajar sebagai sasaran mudah untuk memperolehi keuntungan yang cepat, terutamanya kepada pelajar yang baru sahaja menerima pinjaman pelajaran ataupun sebarang bantuan kewangan. Rujuk garis panduan keselamatan siber yang dikeluarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menjamin keselamatan anda dalam menggunakan internet. 12
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2