BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR

4 BAB Persekitaran 4.1 Amalan kebersihan Menjaga kebersihan adalah amalan yang mulia. Menjaga kebersihan diri, bilik kuliah, bengkel/makmal, bilik kamsis/asrama/kolej kediaman, kafeteria/kantin, tandas dan persekitaran akan menjamin kesihatan diri serta orang sekeliling. Tempat belajar tenang adalah sumber inspirasi utama. Terapkan budaya memelihara suasana harmoni di dalam bilik kuliah, bengkel/makmal, perpustakaan dan lain-lain. 4.2 Suasana harmoni 4.3 Tabiat merokok Penggunaan semua jenis rokok adalah DILARANG dalam kawasan kampus institusi. Perbuatan merokok akan memudaratkan kesihatan diri, mencemar alam sekitar serta membazir wang. Hentikan tabiat buruk ini kerana institusi adalah zon larangan merokok. Rujuk program perkhidmatan bersepadu berhenti merokok yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk sebarang sokongan profesional, kaunseling, dan rawatan berhenti merokok. 4.4 Membuang sampah Jangan membuang sampah di merata-rata tempat. Meletakkan sampah di dalam tong sampah adalah amalan yang mulia. 4.5 Cintai tumbuh-tumbuhan Sentiasa menjaga keindahan kawasan kampus dengan tidak merosakkan tumbuh-tumbuhan. 4.6 Keselamatan jalan raya Pemandu yang berhemah adalah pemandu yang tertib di jalan raya. Sentiasa pastikan bunyi kenderaan terkawal dan asap tidak mencemar alam sekitar. Pastikan kenderaan anda dalam keadaan selamat untuk digunakan. Hargailah nyawa anda dan orang lain. 14

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2