BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR

2 BAB Bayaran Pengajian 2.1 Bayaran Pengajian 2.1.1 Terdapat 3 jenis Bayaran Pengajian yang perlu dijelaskan oleh pelajar yang berdaftar di institusi iaitu: Yuran Pengajian; i. Yuran Kamsis/Asrama/Kolej Kediaman; (jika berkaitan) dan ii. Sumbangan Aktiviti dan Kebajikan Pelajar (SAKP) iii. 2.1.2 Semua pelajar WAJIB membayar Bayaran Pengajian yang dikeluarkan oleh institusi sebelum atau pada tarikh pendaftaran melalui akaun yang ditetapkan oleh institusi tertakluk pada peraturan/ pekeliling/ garis panduan sedia ada yang sedang berkuatkuasa. 2.1.3 Pelajar yang tidak membayar Bayaran Pengajian TIDAK LAYAK menghadiri semua aktiviti akademik dan bukan akademik KECUALI pelajar yang telah mendapat kelulusan penangguhan bayaran. 2.1.4 Permohonan penangguhan Bayaran Pengajian dapat dibuat tetapi bergantung kepada kelulusan di peringkat institusi masing-masing. 2.1.5 Pelajar yang diluluskan penangguhan pengajian perlu membayar yuran pengajian sesi semasa bagi mengekalkan status sebagai pelajar. 2.1.6 Pelajar yang diluluskan penangguhan pengajian sebelum mendaftar/melapor diri diwajibkan membayar bayaran insurans pelajar pada sesi semasa. 19

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2