BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR

3 BAB Pembiayaan Pengajian 3.1 Institusi TIDAK menyediakan sebarang bentuk program pembiayaan pengajian sama ada biasiswa, dermasiswa, pinjaman atau sebarang bantuan kewangan yang khusus. Walau bagaimanapun pelajar boleh memohon mana-mana program pembiayaan melalui institusi atau memohon sendiri terus kepada mana-mana penaja. 3.2 Pelajar BERTANGGUNGJAWAB menyediakan wang perbelanjaan secukupnya untuk sara hidup, pengangkutan, alatan pembelajaran, buku dan lain-lain. 3.3 Pelajar dinasihatkan supaya berusaha untuk mendapatkan maklumat tawaran pinjaman, biasiswa, ataupun bantuan kewangan yang ada ditawarkan di Malaysia. Antara badan/jabatan/kementerian yang biasanya ada membuat penawaran tersebut termasuklah PTPTN, KPT, JAKOA, Yayasan serta Pusat Kutipan Zakat bagi negeri masing- masing. 3.4 Institusi akan membantu dan memberi kerjasama kepada pelajar untuk mendapatkan pembiayaan pengajian daripada mana-mana pihak kerajaan atau badan bukan kerajaan. 3.5 Pelajar BERTANGGUNGJAWAB untuk memaklumkan butiran penaja dan mengemukakan sesalinan surat tawaran dan dokumen perjanjian penaja kepada institusi bagi tujuan perekodan. 3.6 Pelajar BERTANGGUNGJAWAB mendapatkan kelulusan daripada penaja sekiranya pelajar ingin menangguh pengajian/tukar kursus/ tukar program/ tukar institusi. 3.7 Pelajar BERTANGGUNGJAWAB memaklumkan kepada penaja sekiranya pelajar telah mendapat kelulusan berhenti pengajian daripada institusi 21

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2