BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR

5 BAB Rupa Diri 5.1 Pakaian dan Penampilan Diri Pelajar Lelaki 5.1.1 Pakaian ke kelas/bengkel/makmal/peperiksaan/ majlis rasmi institusi. Baju kemeja berlengan panjang atau pendek. Baju ‘T’ berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik. Baju ‘T’ tidak berkolar TIDAK dibenarkan. Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar ( tuck-in ). Baju hendaklah sentiasa dibutangkan dengan sempurna. Berseluar panjang slack/khakis potongan slack/cargo pants berwarna gelap. Pemakaian seluar yang ketat dan potongan kaki senteng TIDAK dibenarkan. Pemakaian baju kebangsaan dibenarkan tetapi hendaklah lengkap bersamping, berkasut dan bersongkok hitam. Berkasut dan berstoking. Selipar, terompah, capal dan seumpamanya TIDAK dibenarkan. Pemakaian sebarang bentuk perhiasan (rantai, subang, gelang dan lain-lain) adalah TIDAK dibenarkan. i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. Memakai pakaian dan kelengkapan keselamatan bengkel/makmal ketika di bengkel/makmal sekiranya dikehendaki berbuat demikian. x. 26

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2