BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR

6 BAB Kad Pelajar 6.1 Pemakaian Kad Pelajar 6.1.1 Pelajar WAJIB memakai kad pelajar yang disediakan oleh pihak institusi. Kad Pelajar mestilah sentiasa dipakai semasa berada di dalam kampus dan semasa aktiviti rasmi di luar kampus. Kad Pelajar mestilah dipakai dengan mempamerkan bahagian gambar di hadapan. Kad Pelajar TIDAK boleh diconteng, ditukar butiran/gambar atau diubah suai. 6.1.2 Kad Pelajar mestilah dipakai pada baju/jaket/blazer pada paras dada supaya sentiasa boleh dilihat dengan jelas. 6.1.3 6.1.4 6.1.5 Pelajar TIDAK dibenarkan memakai/memiliki Kad Pelajar pelajar lain. 6.1.6 Sekiranya Kad Pelajar hilang/rosak/tamat tempoh, pelajar perlu memohon kad yang baharu kepada Pejabat Hal Ehwal Pelajar institusi dengan kos gantian yang ditanggung oleh pelajar. 6.1.7 Lain-lain peraturan yang berkaitan adalah mengikut peraturan tambahan institusi masing-masing. 6.1.8 31

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2