BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Pendahuluan Buku Panduan & Peraturan Am Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti ini disediakan sebagai garis panduan dan sumber rujukan para pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti berkenaan peraturan yang berkuat kuasa sepanjang tempoh pengajian di institusi. Selain itu, buku ini juga menjadi rujukan kepada semua kakitangan institusi dalam menguatkuasakan peraturan disiplin demi kebajikan pelajar. Panduan dan peraturan yang terkandung dalam buku panduan ini adalah merujuk kepada Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 [Akta 174] serta apa-apa panduan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dari semasa ke semasa. Tafsiran Dalam buku panduan ini melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain: “Institusi” Institusi ialah merujuk kepada Politeknik atau Kolej Komuniti dibawah JPPKK, KPT. “Wakil Kuasa” Wakil Kuasa bagi Politeknik dan Kolej Komuniti adalah pegawai/kakitangan yang ditetapkan oleh Pengarah. 2
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2