BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
11 BAB Peraturan Perpustakaan 11.1 Arahan Am Perpustakaan 11.1.1 DILARANG bercakap kuat serta membuat bising sehingga boleh mengganggu pelajar-pelajar lain. DILARANG makan, minum, tidur atau membuat sesuatu yang akan menjejaskan suasana pembelajaran di perpustakaan. Pelajar memastikan telefon mudah alih berada dalam mod senyap pada setiap masa. 11.1.2 DILARANG menconteng, mengoyak, merosak atau memusnahkan mana-mana buku, majalah atau apa-apa bahan cetak kepunyaan perpustakaan atau berkelakuan yang boleh membawa kerosakan pada bahan tersebut. 11.1.3 DILARANG menconteng, mengoyak, merosak atau memusnahkan mana-mana harta kepunyaan perpustakaan atau berkelakuan yang boleh membawa kerosakan pada bahan tersebut. 11.1.4 11.1.5 Pelajar mestilah mematuhi semua peraturan mengenai bilangan buku yang boleh dipinjam dan bertanggungjawab ke atas pemulangan dalam tempoh masa yang ditetapkan. 11.1.6 Pelajar BERTANGGUNGJAWAB ke atas bahan-bahan yang dipinjam. Bagi bahan-bahan yang dihilangkan, pelajar akan dikenakan bayaran mengikut kadar semasa bahan-bahan tersebut atau menggantikan buku dengan judul yang sama. Sekiranya gagal berbuat demikian, keputusan peperiksaan / sijil / transkrip akan ditahan. 11.1.7 49
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2