BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
1 BAB Akademik 1.1 Pra-Kuliah i. Anda perlu mendaftar untuk memperoleh status pelajar. Tanpa berbuat demikian, segala urusan berkaitan diri anda dengan pelbagai pihak di institusi adalah tidak sah. Ianya juga boleh menyebabkan anda tidak layak menerima sebarang hak keistimewaan pelajar yang disediakan di institusi. Pendaftaran Pelajar Anda hendaklah mengetahui kursus yang perlu diikuti pada setiap semester pengajian dan memastikan kursus-kursus tersebut telah didaftarkan oleh Penasihat Akademik di dalam sistem Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP)/Community College Management System (CCMS). Pastikan anda telah menurunkan tandatangan pengesahan pendaftaran kursus. Kegagalan anda berbuat demikian akan menyebabkan anda tidak boleh mengikuti kuliah dan seterusnya menyebabkan anda gagal dalam kursus berkenaan. ii. Pendaftaran Kursus Pastikan anda merujuk kepada Penasihat Akademik terlebih dahulu dengan mengambil kira Garis Panduan Peperiksaan yang berkuatkuasa di institusi. iii. Pengguguran / Penambahan kursus 5
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2