BULETIN JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 2024

PENSYARAH PELAWAT INDUSTRI (PPI) AKTIVITI 2024 Sepanjang sesi pengajian tahun 2024, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) telah berjaya melaksanakan 10 program Penceramah Industri (PPI) yang melibatkan 9 industri terkemuka. Antara industri yang terlibat termasuk Malaysian Institute of Road Safety Research, SIRIM Berhad, 3D Gens Sdn Bhd, Perodua Manufacturing Sdn Bhd, dan Sanden Air Conditioning (M) Sdn. Bhd, CADISC Enterprise, Micro Concept Tech Sdn. Bhd., Crescent Gear Solutions Sdn Bhd, dan Innovast Sdn. Bhd. Ini menunjukkan komitmen JKM dalam memastikan para pelajar mendapat pendedahan yang mendalam tentang perkembangan teknologi dan keperluan industri semasa. Bilangan jam yang berjaya dicapai bagi setiap program PPI adalah seperti berikut: DEM: 21 jam DAD: 27 jam DTP: 41 jam DKM: 30 jam BMA: 25 jam Pencapaian ini memberikan impak yang besar terutama kepada pelajar-pelajar yang bakal menjalani Latihan Industri pada semester akhir mereka. Pendedahan ini membolehkan mereka memahami secara langsung tuntutan industri serta teknologi terkini yang digunakan di lapangan. Dengan sokongan dan kerjasama dari industri-industri terkemuka ini, pelajar dapat menimba pengalaman yang amat berharga yang akan mempersiapkan mereka untuk menyahut cabaran dunia pekerjaan yang sebenar. Program-program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar, tetapi turut meningkatkan kepakaran pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, di samping mengukuhkan hubungan kerjasama antara pihak industri dan PSAS. Hal ini pastinya memberi kesan positif kepada institusi itu sendiri dalam usaha menghasilkan graduan yang berdaya saing dan memenuhi keperluan pasaran kerja. Dengan keberhasilan ini, JKM terus komited untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, memastikan para pelajar bukan sahaja mendapat ilmu teori, tetapi juga pengalaman praktikal yang relevan dengan kehendak industri. Penga r ang : NOR ’ A I N B I NT I SEN I N 09

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2