BULETIN JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 2024

PENYELIDIKAN DAN INOVASI AKTIVITI 2024 Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah terlibat dalam pelbagai aktiviti penyelidikan dan inovasi sepanjang tahun 2024 bagi memperkasakan budaya inovasi serta menggalakkan penemuan baharu yang memberi manfaat kepada industri dan masyarakat. Beberapa program utama telah dilaksanakan, termasuk symposium, bengkel, dan pameran hasil penyelidikan/inovasi yang menampilkan projek-projek pelajar yang berimpak tinggi. Pada 15 May 2024, pelajar-pelajar semester 5 daripada program diploma Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah menyertai Pertandingan Produk Inovasi Pelajar Sesi 2:2023/2024. Dalam pertandingan ini projek bertajuk Hydraulic Coil Spring Compressor telah memenangi tempat pertama kategori Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Manakala Gas Detector System (GDS) telah menduduki tempat kedua dan Portable Bleeding Set di tempat ketiga. Salah satu program utama ialah Mechanical Engineering Students Innovation - Exhibition 2024 (MESIE 2024) yang merupakan pembentangan Projek Akhir Pelajar Program Diploma dan Automotive Manufacturing and Design Symposium 2024, (AMADS 2024) merupakan program pembentangan projek akhir pelajar bagi pelajar program ijazah yang berlangsung di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Program ini menghimpunkan para pelajar untuk membentangkan hasil penyelidikan serta inovasi dan dinilai dari segi teknikal serta kemahiran komunikasi pelajar. Sementara itu, projek-projek pelajar yang dibentangkan oleh pelajar program Ijazah merupakan projek-projek penyelesaian masalah di industri. Projek-projek penyelidikan akhir pelajar ini juga dibentangkan di National Conference on TVET for Undergraduate Students (NCTS 2024) iaitu sebuah persidangan yang dikhaskan untuk pelajar politeknik. Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal menggalakkan lebih banyak inisiatif kolaboratif antara jabatan dan industri untuk memastikan hasil penyelidikan serta inovasi dapat diterjemahkan ke dalam penyelesaian praktikal yang memberi impak positif kepada masyarakat.Jabatan juga bertekad untuk terus memperkukuh budaya penyelidikan dan inovasi demi mencapai kecemerlangan dalam tahun-tahun akan datang. Penga r ang : S I T I AMI NAH B I NT I ABDUL GHAN I

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2