BULETIN JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 2024

AKTIVITI SUKAN w w w . j k m p s a s o f f i c i a l . c o m Sukan dan permainan memainkan peranan penting dalam perkembangan diri individu dengan membantu mempertingkatkan kemahiran seperti ukhwah, kepimpinan, kerjasama pasukan, komunikasi, dan pengurusan masa. Selain itu, ia juga menjadi platform yang baik untuk memperkukuhkan hubungan antara warga universiti dan membina semangat kesatuan dalam kalangan mereka. Pada tahun 2024, banyak aktiviti yang dianjurkan, dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) telah secara aktif terlibat dalam pelbagai acara tersebut. Salah satu acara ialah ( ) , & dimana KUMPULAN JKM A telah berjaya menjadi juara keseluruhan . Matlamat utama sukan staf ini adalah untuk memperkukuhkan semangat kekitaan dan membina hubungan yang lebih erat di kalangan warga PSAS. Bagi kategori pelajar, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal berjaya mencatatkan kejayaan yang cemerlang dengan menjadi j ohan keseluruhan dalam SUPSAS dan membawa semula Piala Pusingan yang dipertandingkan membuktikan semangat kerjasama dan kecemerlangan dalam sukan. Kejohanan Sukan Staf Badminton PSAS di Dewan Muallim pula, pensyarah JKM menghantar satu kumpulan yang bersedia untuk bersaing dengan jabatan lain namun kalah tipis di peringkat akhir dan berjaya merangkul naib johan . Syabas dan tahniah. Penganjuran aktiviti-aktiviti lain seperti Aktiviti Kursus Pengurusan Stress di Bukit Intan, Felda Trolak sangat memberi kesan dan impak yang sangat positif bagi memberi peluang staf JKM untuk melepaskan tekanan yang ada dengan melakukan aktiviti pendakian. Program ini dibawah kendalian Puan Nor’ain Binti Senin. Aktiviti F un Walk & Fun Potluck @ JKMPSAS ini sering dilaksanakan anjuran unit KESTA pula bukan sahaja memberikan manfaat dari segi kesihatan fizikal, tetapi juga menggalakkan semangat kerjasama dan memupuk hubungan yang lebih erat dalam kalangan warga JKM dan warga PSAS secara keseluruhan. Pengarang: NOR’AIN BINTI SENIN

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2