BULETIN POLCAM 2024

KATA ALUAN PENGARAH PSAS TS. MOHD ZULKEFLI BIN IBRAHIM POLCAM sangat aktif dalam kerjasama dengan pelbagai industri dan agensi yang relevan seperti Micro Concept Tech untuk persijilan Electric Vehicle, eMooVit dalam Research and Development of Autonomous Vehicle, KNK untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran, serta JOTAC Academy dan Institute of Materials Malaysia untuk kerjasama dalam bidang persijilan profesional welding. Selain itu, POLCAM turut bekerjasama dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan WIPO untuk latihan dan mentoring dalam proses pengkomersialan hasil kajian mereka. Program Training and Professional Certification CATIA V5 Mechanical Designer Specialist pula mencatatkan kejayaan cemerlang dengan 100% peserta lulus peperiksaan CATIA pada 2024. POLCAM turut mengembangkan diri dalam bidang advance manufacturing, mengikuti teknologi pengeluaran termaju. Teknologi- teknologi terkini yang dimanfaatkan termasuk 3D Metal & Plastic Printer, 3D Scanner, Modular Production System, Industry Robot, dan CNC. POLCAM bekerjasama dengan syarikat industri seperti WNF Resources Sdn. Bhd., Advance Retro Solution Sdn. Bhd., Visual In-Tech Sdn. Bhd., Festo Sdn. Bhd., Hexagon Measurement Technologies Sdn. Bhd., ORS Technologies Sdn. Bhd., 3D Gens Sdn. Bhd., TNB EV Charger, MATCH, New Vehicle Tech Hydrogen dan Supreme Didactic Sdn. Bhd. dalam bidang pengeluaran termaju ini. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam penerbitan buletin ini, dan semoga ia terus memberi inspirasi serta manfaat kepada semua pembaca. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang telah memberikan kita nikmat hidup dan kesempatan untuk terus berusaha dan berbakti kepada agama, bangsa, dan negara. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada setiap individu yang telah menyumbang tenaga dan pemikiran dalam memastikan kejayaan POLCAM sepanjang tahun 2024. Usaha keras semua pihak tidak hanya memberikan manfaat kepada komuniti, malah membawa sinar baru dalam memperkasakan bidang teknologi dan penyelidikan. Semoga semangat kerja berpasukan dan komitmen yang telah ditunjukkan akan terus menginspirasi kita untuk lebih cemerlang pada masa akan datang. Semoga segala usaha yang telah dilaksanakan membawa keberkatan dan manfaat yang berpanjangan. Mari kita teruskan usaha untuk mencapai kejayaan yang lebih besar pada tahun 2025 ini, dengan penuh keikhlasan, kerjasama, dan tawakkal kepada Allah SWT. 03

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2