BULETIN POLCAM 2024
Polytechnic Centre of Technology Automotive and Manufacturing (POLCAM), yang ditubuhkan pada tahun 2011 di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), telah menunjukkan perkembangan yang cemerlang dalam bidang teknologi automotif dan pembuatan. POLCAM mendapat pengiktirafan rasmi pada 2015 dan berjaya mengekalkan status sebagai sebuah Centre of Technology (COT) selepas sesi pengauditan semula pada 2018, seiring dengan program akademik Automotif dan Manufacturing di PSAS. Beberapa aktiviti utama yang dianjurkan oleh POLCAM termasuklah: Training & Professional Certification CATIA V5 Mechanical Designer Specialist Consultation in Manufacturing System Productivity and Efficiency Intellectual Properties Protection Services Persijilan Profesional Electric Vehicle dan Research and Development of Autonomous Vehicle, yang mengikut perkembangan teknologi automotif terkini. LATAR BELAKANG Antara pencapaian utama POLCAM adalah hasil kajian yang berjaya diiktiraf di peringkat antarabangsa. Dua projek kajian POLCAM, Multilayer Cake Machine dan Air Wheel Generator, telah dipilih untuk menyertai program antarabangsa pre-commercialization mentoring yang dianjurkan oleh World Intellectual Property Organization (WIPO) di Geneva. Di peringkat kebangsaan, POLCAM turut meraih kejayaan apabila produk kajian Portable Air Pump memenangi Johan Anugerah Harta Intelek anjuran Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Pada tahun 2021, POLCAM meraikan ulang tahun ke-10 penubuhannya dan telah menerima Anugerah Centre of Technology Terbaik 2020 dan 2021 (Anugerah Diamond) atas prestasi cemerlang yang ditunjukkan sepanjang dua tahun berturut-turut. Pada tahun 2022, POLCAM turut diiktiraf sebagai TVET Collaboration Hub bidang Automotif oleh Majlis TVET Negara, menjadikannya sebagai Hab Automotif Negara. Dengan pencapaian yang cemerlang, POLCAM terus memainkan peranan penting dalam mengembangkan bidang automotif dan pembuatan di Malaysia, melalui kerjasama industri, pengajian teknologi terkini, dan pengkomersialan hasil kajian inovatif. 05 TVET COLLABORATION HUB
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2