COMPLETE BULETIN_compressed

Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) telah menganjurkan MISI SUKARELAWAN YSS-ASEAN KE SARAWAK 2019  yang  merupakan Projek Kerjasama YSS-ASEAN 2019 dengan  Negara-Negara Anggota ASEAN dan Republik Rakyat China yang melibatan 200 orang ikon sukarelawan dari 10 negara ASEAN iaitu Brunei , Cambodia ,Indonesia ,Lao PDR , Myanmar,Philippines ,Singapore ,Thailand , Vietnam ,Malaysia dan Republik of China sepanjang tiga minggu dari tarikh 15 August 2019 hingga 3 September 2019  . Pada 16 – 18 August 2019 , latihan pra-pelepasan adalah modul pertama telah disertai oleh sukarelawan pelajar YSS  sebelum berangkat ke lokasi misi seperti Modul mengenai  kesedaran ASEAN , pantang larang di Sarawak , ujian personaliti atau psikometrik, penulisan laporan harian , SDGs atau Matlamat Global , prosedur operasi standard YSS (SOPs), Ilmu pertolongan cemas , pengurusan projek dan sebagainya .Pada 1 August 2019 , para sukarelawan telah bertolak dengan menaiki kapal terbang  ke 10 lokasi yang berbeza untuk menjalankan aktiviti sukarelawan . Saudara Ng Zhen Fan Shankar yang mewakili Politeknik Sultan Azlan Shah telah ditempatkan di Kampung Lajong, Subis bersama 17 orang sukarelawan siswa . .Sepenjang Misi , banyak projek telah dijalankan berdasarkan Kluster Sukarelawan YSS yang terdiri daripada Kluster Pendidikan , Kluster Pembangunan Komuniti / Kluster Penambahbaikan , Kluster Perubatan dan Kesihatan,Kluster Agribio dan Alam Sekitar , Kluster Teknologi Maklumat dan Keusahawanan Sosial , dan Kluster Pengurusan Krisis dan Bencana .Tujuan Misi ini untuk menghasilkan individu yang progresif dan dinamik yang mesti beretika dan moral, berasaskan rohani, belas kasihan dan penyayang , rasa tanggungjawab sosial, toleransi kaum, ,pertukaran budaya , meningkatkankemahiran berkomunikasi ,mampu bekerja baik dengan orang lain ,  menghargai pembangunan mampan dan gaya hidup yang sihat untuk menjadi model peranan sebagai pemimpin masa depan ASEAN dan ASIAN . Selepas balik dari misi , post misi akan dijalankan bagi membentangkan mengenai  input , output , hasil and kesan yang diperolehi berdasarkan project yang dijalankan sepanjang misi dan perlu menyediakan satu video merangkumi aktiviti yang dijalankan . Misi Sukarelawan Siswa YSS-ASEAN ke Sarawak 2019 dapat memberi impak yang baik kepada para komuniti di kampong lajong dan lokasi misi lain .  YSS juga berpegang kepada Nilai Sukarelawan yang mampu untuk menghasilkan pemimpin sukarelawan gobal , Program yang berimpak tinggi , Sukarelawan hak untuk kerja yang benar,  Penyerapan "makan, hidup, bernafas dengan masyarakat tempatan" dan Keterangkuman . Selain itu , ilmu yang diperolehi sepanjang misi dapat dikongsikan dan diaplikasikan dalam aktiviti sukarelawan di tahap institusi pengajian tinggi . Saya percaya bahawa  YSS memberi tumpuan kepada pembinaan kapasiti pelajar terutamanya dalam meningkatkan tahap penyesuaian mereka, pembangunan kemahiran soft skills , keupayaan kepimpinan dan proaktif dalam melakukan kerja-kerja asas melalui misi sukarelawan pelajar yang berimpak tinggi di dalam dan luar negara dalam perjalanan untuk menghasilkan ikon sukarelawan pelajar global . Dengan ini , Misi Sukarelawan seperti ini perlu disertai oleh para siswa dan siswi bagi memupuk semangat kesukarelawanan di dalam diri kalangan warga PSAS . Akhir kata , saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak politeknik kerana dapat memberi peluang kepada saya untuk menyertai Misi Sukarelawan Siswa YSS-ASEAN ke Sarawak 2019 . PENGENALAN PROGRAM RUMUSAN 8

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2