COMPLETE BULETIN_compressed
Pada 14 Mei para pelajar yang terlibat berkumpul di bengkel Jabatan Kejuruteraan Mekanikal untuk taklimat keselamatan ketika berada dibengkel,taklimat tersebut disampaikan oleh Encik Arzo selaku penyelia projek CSR. Pengukuran bahan kerja dijalankan bermula pada jam 8.15 pagi. Setelahselesai proses pengukuran tersebut, pemotongan besi bahan kerja kepada beberapa bahagian telah dibuat. Untuk melancarkan lagi proses pembuatan rak kasut tersebut, pelajar telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Proses terakhir adalah kimpalan. Proses kimpalan, bagi projek ini pelajar menggunakan kimpalanMIG kerana bahan kerja yang nipis danmesin kimpalanMIG tersebut mudah untuk mencantumkan besi yang nipis. Kerja-kerja kimpalan selesai pada jam 12 tengah hari dan pelajar bersurai pada jam 12.15 tengah hari selepas membersihkan bengkel. Proses yang terakhir adalah proses kemasan bagi rak kasut tersebut. Aktiviti ini juga dijalankan di bengkel KejuruteraanMekanikal. Pemilihan cat berwarna biru ada mengikut kesesuaian tema tadika tersebut. Sebelum mengecat permukaan rak kasut tersebut dilicinkan bagi memudahkan cat melekat pada bahan kerja danmemastikan kekemasan cat tersebut. Setelah selesai mengecat projek, rak kasut dijemur hingga kering sebelum diserahkan kepada Encik Arzo yang menguruskan penghantaran rak kasut tersebut ke tadika. 19
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2