COMPLETE BULETIN_compressed
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT, PUSAT JAGAAN ANAK YATIM & ASNAF PERTUBUHAN NURKASIH BESTARI PERAK. SY A Z A LI A H BINTI S A LIM J A B A T A N KEJUTER AA N ELEKTRIK syazaliah@psas.edu.my Pusat Jagaan Anak Yatim dan Asnaf adalah sebuah pusat kebajikan dan pendidikan yang dibina berkonsepkan kekeluargaan bagi menempatkan seramai 29 orang anak yatim dan fakir miskin yang berusia dari 2 tahun sehingga 13 tahun. Anak- anak ini bersekolah di Sekolah Rendah Agama Islam Saidina Khaliq Ibnu Walid, di Behrang 2020, TanjungMalim. Pusat kebajikan ini dibuka pada April 2010 di bawah pengurusan Petubuhan Nur Kasih Bestari (PNKB), Perak dimana ianya ditubuhkan untuk mendidik dan melindungi anak-anak yang memerlukan pembelaan dan perhatian. Pengambilan anak-anak ini dikalangan masyarakat setempat setelah diambil kira dari sudut kekurangan dalam kehidupan, keluarga yang besar tanggungan tetapi kecil pendapatan, anak-anak yatim, anak-anak istimewa dan anak-anak yang memerlukan kasih sayang dan perhatian. Pusat Jagaan Anak Yatim dan asnaf ini amat memerlukan bantuan dari pihak luar seperti sukarelawan Yes Politeknik, NGO dan syarikat korporat untuk meringankan beban mereka menyediakan keperluan harian untuk anak-anak ini. Bersesuaian dengan hasrat kerajaan memupuk sikap prihatin di kalangan rakyat, sukarelawan terdiri dari pelajar dan pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Azlan Shah terpanggil untuk membuat program sukarelawan dan mendedahkan pelajar kepada golongan yang kurang bernasib baik. Selain itu, dengan adanya program ini secara tidak langsungmemupuk budaya hormat menghormati dan berkasih sayang antara satu sama lain. 24
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2