COMPLETE BULETIN_compressed
PROGRAM KHIDMAT BAKTI ASAS ELEKTRONIK DI SEKOLAH ORANG ASLI DAERAH MUALLIM Program Khidmat Bakti Anak-anak Orang Asli Pos Bersih yang akan dilaksanakan adalah bertujuan untuk menyalurkan kepakaran teknikal sukarelawan PSAS kepada komuniti di Perkampungan Orang Asli Pos Bersih, Ulu Slim. Ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada sukarelawan yang terlibat tentang peranan aktiviti kesukarelawan ini dalam merapatkan hubungan diantara pelajar, pensyarah dan warga komuniti projek 1P1K. Seterusnya pelajar khususnya dapat menyumbang kemahiran teknikal yang dimiliki dan diaplikasikan dalam persekitaran yang sebenar sebelum menempuh ke alam pekerjaan. Dianggarkan seramai 65 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah PSAS serta komuniti setempat akan terlibat dalam aktiviti ini. Harapannya pada akhir program ini, segala projek yang dirancang akan memberikan nilai tambah yang baik kepada sukarelawan Yes!Politeknik dan komuniti 1P1K yang terlibat. Shah Erawati Binti Mokhtar Jabatan Kejuruteraan Elektrik shah_erawati@psas.edu.my PENGENALAN 27
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2