COMPLETE BULETIN_compressed
Program berupakan khidmat masyarakat telah dirancang kerana dilihat berkesan untuk menanam serta menyemarakkan sifat kepimpinan diri dalam diri setiap pelajar. Program ini diharapkan juga dapat membekalkan ilmu pengetahuan yang lebih meluas dalam banyak aspek terutamanya dalam aspek tanggungjawab sosial dan kesedaran kendiri dalam melaksanakan setiap tugasan yang diamanahkan. Program ini turut dilaksanakan untuk memberi Pengalaman serta ilmu pengetahuan dalam mencari penyelesaian masalah yang kreatif dan mempunyai kebolehan dalam membaikpulih komputer. Harapannya pada akhir program ini, segala aktiviti yang dirancang akan memberikan nilai tambah yang baik kepada pelajar terhadap Terutamanya dalam kursus DEC 50113 Computer System Diagnosis & Maintenance. program ini berjaya memberi pendedahan kepada sukarelawan tentang peranan aktiviti kesukarelawan dalam merapatkan hubungan di antara pelajar dan staf PSAS bersama komuniti sekolah dengan sokongan industri. Para sukarelawan dapat mengaplikasikan kemahiran insaniah secara menyeluruh seterusnya dapat mewujudkan hubungan dua hala di antara politeknik sebagai institusi pendidikan dengan komuniti setempat. Pengenalan Aktiviti penyenggaraan Komputer dengan pemantauan dari pihak Dgreatnet 2 Seramai 12 orang pensyarah, 35 orang pelajar dan 3 orang wakil industri telah menjadi sukarelawan dalam menjayakan program ini. Para sukarelawan telah diagihkan kepada beberapa kumpulan bagi menyelesaikan tugasan yang diberi. 34
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2