COMPLETE BULETIN_compressed

KHIDMAT MASYARAKAT (CSR) – “TABURKAN JASA SEMAIKAN BUDI” Shatini Binti Md Said Jabatan Kejuruteraan Elektrik shatini_said@psas.edu.my Program khidmat masyarakat yang telah dianjurkan oleh Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Azlan Shah dengan kerjasama IK Partners International Sdn. Bhd dan Masjid Al-Hidayah Bandar Behrang 2020. Program ini dilaksanakan bagi menyalurkan bakti sukarelawan PSAS melalui aktiviti penyenggaraan elektrik (penghawa dingin), penjimatan penggunaan elektrik, kesedaran keselamatan dan gotong-royong. Menerusi program ini, PSAS berjaya memberi pengetahuan tentang keselamatan dan penjimatan elektrik di samping memberi keselesaan kepada pengguna masjid. Program ini berjaya memberi pendedahan kepada sukarelawan tentang peranan aktiviti kesukarelawan dalam merapatkan hubungan di antara pelajar dan staf PSAS bersama komuniti masjid dengan sokongan industri. Para sukarelawan dapat mengaplikasikan kemahiran insaniah secara menyeluruh seterusnya dapat mewujudkan hubungan dua hala di antara politeknik sebagai institusi pendidikan dengan komuniti setempat. Seramai 15 orang pensyarah, 30 orang pelajar dan 3 orang wakil industri telah menjadi sukarelawan dalam menjayakan program ini. Para sukarelawan telah diagihkan kepada beberapa kumpulan bagi menyelesaikan tugasan yang diberi. 36

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2