COMPLETE BULETIN_compressed
Program ini diadakan untuk pelajar melibatkan diri mereka dalam hidup yang mampan dan prihatin terhadap alam sekitar. Mereka juga dapat menimba pengalaman di samping mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang dipelajari di bengkel kayu dan bilik kuliah. Mereka mempunyai peluang yang sangat baik kerana didedahkan dengan kemahiran menyelesaikan masalah di tapak. RINGKASAN PROGR A M Rajah 1 : Pelajar mebaikikerosakkan dengan menggunakan kemahiran yang telah dipelajari. Rajah 2 : Pelajar membaiki bahagian gazebo yang rosak. Diharap ia mampu mewujudkan gaya hidup sihat dan mementingkan alam sekitar seperti membuat pilihan untuk menggunakan semula barang-barang terpakai, memelihara dan memulihara fasiliti yang ada di kawasan Politeknik Sultan Azlan Shah. Program ini melibatkan seramai 42 orang yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar semester 2 Diploma Kejuruteraan Awam. Bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan kemahiran menyelesaikan masalah, meningkatkan kemahiran insaniah di dalam diri peserta, semangat kerja berpasukan, melahirkan pelajar yang bertanggungjawab dan mempunyai semangat kesukarelawan yang tinggi. 43
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2