COMPLETE BULETIN_compressed
PROGRAM CSR MEMBINA MODEL PEMBELAJARAN ANAK-ANAK PUSAT JAGAAN NURHAYAT PSAS Hafiza binti Ibrahim Jabatan Matematik, Sains dan Komputer hafiza_ibrahim@psas.edu.my Seramai 31 orang pelajar terdiri daripada pelajar di Jabatan kejuruteraan Awam, Mekanikal, Elektrik dan Perdagangan mengikuti kursus DRK 3162 (STUDY CIRCLE). Aktiviti pengajaran dan pembelajaran kursus ini bermula seawal minggu pertama semester bermula (1/7/2019) dan berakhir pada minggu ke 15 ( 18/10/2019 ). Terdapat 1 topik utama dalam kursus ini dan berjaya dilaksanakan sepanjang semester ini, iaitu Kemahiran Khusus. Kemahiran Khusus ini merangkumi konsep sinergi, tujuan dan asas sinergi, kemahiran asas sinergi, konsep tafahum dan konsep tafakul. Kursus DRK3162 (STUDY CIRCLE) memberi persediaan kepada pelajar kemahiran Intrapersonal seperti kepimpinan, berucap dan mengurus diri. Manakala kemahiran Interpersonal juga seperti kemahiran komunikasi, mendengar dan berunding turut disertakan dalam modul. Kemahiran tersebut dinilai dalam tunjukcara sebanyak 30% manakala pelajar juga perlu membuat projek bagi memenuhi penilaian berterusan sebanyak 70%. Tunjucara memfokuskan isu – isu semasa dimana pelajar perlu membuat perbincangan dalam kumpulan kecil dan setiap mereka perlu mengeluarkan idea-idea dan jalan penyelesaian kepada isu-isu tersebut. Objektif program ini adalah untuk memupuk kerjasama antara pelajar, semangat kerjasama pelajar PSAS dengan Pihak Pusat Jagaan Nurhayat PSAS dan membina pemikiran kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah. RINGKASAN PROGRAM: OBJEKTIF PROGRAM: 65
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2