COMPLETE BULETIN_compressed
PROGRAM CSR MICROSOFT OFFICE SYNERGY Siti Noorhani Binti Mohd Kardi Jabatan Matematik, Sains dan Komputer noorhani@psas.edu.my PENGENALAN TOO TRENDY! Program CSR Microsoft Office Synergy ini telah dilaksanakan pada 7 April 2019 dengan penyertaan sebanyak 24 orang peserta yang terdiri daripada penduduk sekitar Daerah Muallim. lanya telah dilaksanakan selama 8 jam di makmal komputer CAD2 Jabatan Matematik, Sains dan Komputer. Program CSR ini dilaksanakan bagi memberikan pendedahan kepada peserta tentang penggunaan aplikasi Microsoft Office secara sistematik di dalam melaksanakan sesuatu kerja. Program CSR ini telah dikelolakan oleh 25 orang pelajar IPS1A bagi mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari di dalam kursus PRK 1022 Komputer. Ianya dilaksanakan untuk mengasah kemahiran komputer dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi pelajar. Pelaksanaan program adalah untuk memberikan nilai tambah kepada pelajar mengurus isu-isu berkaitan komputer, pengendalian sumber manusia dan pengurusan aktiviti. Ianya telah dilaksanakan secara kolaborasi di antara JMSK dan PRK 1022 Komputer bagi komuniti Daerah Muallim. P ara peserta telah didedahkan dengan penggunaan aplikasi Ms Word, Ms Excel dan Ms Powerpoint yang asas. Melalui aplikasi- aplikasi ini, peserta telah diajar menggunakan aplikasi Mail Merge untuk penghasilan sijil dan membuat pertukaran data untuk persembahan di dalam Microsoft Powerpoint. Program CSR Microsoft Office Synergy ini adalah kursus yang menggabungkan aplikasi Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Powerpoint secara serentak mengikut keperluan. Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dilaksanakan oleh pelajar IPS1A 68
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2