COMPLETE BULETIN_compressed

PROGRAM CSR TVET POLITEKNIK KASIH 2019 JABATAN PENGAJIAN AM POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH Dewasa ini memperlihatkan peningkatan kepada bilangan organisasi kerajaan mahupun swasta di dalam aktiviti kesukarelawan atau lebih dikenali sebagai CSR (Corporate Social Responsibility). Jakaria Dasan dalam penulisannya; CSR: Mentransformasi Sumber Manusia mendefinisikan CSR sebagai “aktiviti kemanusiaan yang dilaksanakan dengan melibatkan komitmen masa, tenaga, dan sumber kakitangan atau pekerja sesebuah organisasi yang memberi manfaat kepada kedua belah pihak, yakni masyarakat dan organisasi itu sendiri.” Tambahnya, “CSR bukan hanya setakat menghulurkan derma ikhlas, tetapi merupakan suatu aktiviti kemasyarakatan dimana kakitangan organisasi turut serta bersama masyarakat setempat melakukan kerja-kerja amal secara bergotong-royong.” Menyedari akan pentingnya CSR dalam pembangunan modal insan khususnya di kalangan pelajar serta pengurusan institusi, Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) telah menganjurkan Program CSR TVET Politeknik Kasih 2019 dengan kerjasama FELDA Gunung Besaout 3 Trolak Perak. Program yang berlangsung pada 27 Julai itu telah disertai seramai 150 orang sukarelawan. Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi menjayakan aktiviti kesukarelawan perdana kali ini. Sukarelawan dari Jabatan Kejuruteraan Awam misalnya telah menghasilkan laluan pejalan kaki di Sekolah Kebangsaan Besout 3 disamping hiasan kretif berbentuk angsa yang diperbuat daripada tayar kitar semula dan meja. Sukarelawan dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal pula telah mengadakan kursus asas kimpalan dan membaikpulih perabot sekolah manakala sukarelawan daripada Jabatan Perdagangan pula telah mengadakan gotong-royong dan konsultansi susunatur kedai, asas simpankira, pengurusan perniagaan dan pemasaran di sebuah kedai milik peneroka Felda Gunung Besout 3 serta mengadakan kursus Digital Entrepreneur untuk Belia Felda Gunung Besout 3. Sukarelawan daripada Jabatan Matematik Sains & Komputer dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik masing-masing telah mengadakan aktiviti pameran kesihatan serta kursus pertolongan cemas. Manakala sukarelawan Jabatan Pengajian Am (JPA) pula telah menganjurkan aktiviti pemurnian solat serta language games bersama anak-anak Felda Gunung Besout 3 ini. 70

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2