Blueprint-SmartGreen-PolyCC-2021-2026

2 Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu menyampaikan ucaptama perasmian Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 2030 di ibu negara pada 2019 berkata: “Kebimbangan itu berkaitan bidang utama, iaitu degradasi sumber hutan, laut dan sumber air tawar, peningkatan kejadian hidro-meteorologi dan geomorfologi, kemerosotan keupayaan pengeluaran makanan dan sistem ekonomi yang dipacu oleh alam sekitar. Selain itu, perlu juga keutamaan pada isu- isu keadilan etika perubahan iklim seperti anjakan yang disebabkan oleh alam sekitar dan penghijrahan, kekurangan sumber rezeki dan keselamatan serta kesejahteraan daripada sektor masyarakat yang lebih terpinggir,” Sehubungan itu, berdasarkan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) yang meliputi 17 matlamat, rancangan pembangunan Malaysia telah menekankan kepada elemen-elemen pembangunan mampan manakala pelaksanaan Agenda SDG 2030 memerlukan satu tindakan segera dan perlu dilakukan dengan kerjasama menyeluruh. Sementara itu, Local Agenda 21 (LA-21) yang merupakan satu Pelan Tindakan Global ke arah pembangunan mampan untuk abad ke-21 telah dihasilkan melalui deklarasi Earth Summit di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992. Deklarasi ini telah dihadiri oleh 178 buah negara termasukMalaysiadimanaPerdanaMenteriMalaysiadijemput untukmenangani sidang kemuncak tersebut. Turut menyokong adalah Dasar Alam Sekitar Negara (DASN, 2002) untuk meneruskan kemajuan ekonomi sosial dan budaya serta peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan mampan. Manakala pada tahun 2019, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, AlamSekitar &Perubahan Iklim(MESTECC), telahdilaksanakan 73 inisiatif yang melibatkan lima sektor antaranya tenaga, sains teknologi dan inovasi (STI), alam sekitar dan perubahan iklim, kecemerlangan organisasi serta isu-isu strategik. Seiring dengan aspirasi negara, ke arah pembangunan mampan, politeknik dan kolej komuniti telah terlibat secara langsung dalam mendukung serta melaksanakan inisiatif pembangunan mampan. Politeknik Malaysia telah menyahut seruan kerajaan dengan mewujudkan Blueprint POLYGreen pada tahun 2015 iaitu satu-satunya blueprint yang diwujudkan di Kementerian Pendidikan Malaysia pada masa itu. Blueprint POLYGreen Politeknik Malaysia 2015 (BPPM) yang telah dilancarkan pada April 2015. BPPM merupakan pelan tindakan dalammelaksanakan agenda pelestarian PoliteknikMalaysia. Blueprint ini dibangunkan berdasarkan Matlamat Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan (MDTHK) dan Dasar Teknologi Hijau Negara (DTHN). Seterusnya, pada tahun 2019 BSGPC telah dilancarkan bagi meneruskan kesinambungan agenda pembangunan mampan, agar politeknik dan kolej komuniti terus cemerlang dalam era globasisasi yang mencabar ini. Berdasarkan perubahan kepada halatuju dan objektif dasar kerajaan, JPPKK perlu menambahbaik BPPM. Ini bagi memastikan agenda untuk menjadikan politeknik dan kolej komuniti mampan berjaya direalisasikan. Kajian Literatur Pusat pengajian tinggi merupakan entiti yang berorientasikan organisasi yang mempunyai pelbagai subkultur dan tradisi. Institusi pengajian tinggi seperti Politeknik dan Kolej Komuniti merupakan salah satu agen perubahan dalam masyarakat untuk menghadapi isu-isu, risiko dan potensi persekitaran dan pembangunan mampan. Ia dijangka menjadi jentera dan innovasi untuk pembangunan mampan melalui pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan pemindahan ilmu. Peranan institusi pengajian tinggi bukan sekadar membabitkan pembelajaran untuk siswazah malah mengadakan pelbagai aktiviti-aktiviti yang melibatkan pengajaran, perancangan kampus binaan, senireka dan perhubungan dengan komuniti. Pendidikan masa kini penting dan boleh dianggap sebagai kewajipan dan faktor yang dapat mencapai pembangunan mampan atau kelestarian persekitaran. Mampan atau kelestarian dan pembangunan lestari Mampan bermaksud matlamat atau destinasi. Ia berkait dengan sains termasuk nilai-nilai persendirian dan pandangan dunia. Untukmendapatkan persekitaran mampan perlukan satu proses dan rangka kerja bagi beberapa keadaan yang perlu dicapai dan menentukan langkah-langkah dalam proses menuju kemampanan. Mampan merujuk kepada matlamat dan pembangunan mampan pula ialah

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2