Blueprint-SmartGreen-PolyCC-2021-2026
3 rangka kerja untuk mencapai satu tujuan. Terdapat persetujuan umum di mana konsep mampan dan pembangunan mampan melibatkan kepuasan dalam mencapai matlamat ekonomi, persekitaran dan sosial. Salah satu contoh toolkit penghijauan kampus yang telah direkabentuk pada tahun 2011 di peringkat antarabangsa sebagai inisiatif dari UNEP Enviromental Education and Training Unit (EETU) bersama dengan agensi Bangsa-Bangsa Bersatu beserta pakar-pakar dan penyelidik Universiti hijau di bawah payung ‘ Global Universities for Environment and Sustainability (GUPES)’ ialah ‘ Greening Universities Toolkit ’. Ia dapat membentuk kriteria untuk kampus hijau/mampan termasuk pengurusan infrastruktur dan pertimbangan operasi. Ia juga menyokong dan melaksanakan strategi untuk mengubah intitusi pengajian tinggi menjadi kampus hijau dan mampan. Pembangunan mampan untuk sebuah kampus melalui proses perubahan di mana konservasi berlaku pada tahap pembangunan minima yang ada sekurang-kurangnya keperluan asas makanan, perlindungan dan air bersih. Di antara contoh-contoh penggunaan senireka hijau yang digunakan Bumbung Hijau, Bumbung Sejuk, Photovoltaics , High Performance HVAC, Lantai Buluh, Lantai Radiant, lantai jisim terma, pengumpulan air hujan dan pengurusan sistem tenaga bangunan. Sebuah institusi mampan mempunyai aktiviti-aktiviti sosial, budaya dan ekonomi berdaya maju secara ekologi. Peralihan kearah mampan perlu mencerminkan keadaan sosial, budaya, ekonomi dan ekologi sesebuah negara dan tempat di mana institusi itu berada. Institusi itu juga perlumengikut aktiviti-aktiviti seperti berikut; 1. Artikulasi dan integrasi jelas tanggungjawab etika, sosial dan alam sekitar di dalammatlamat, misi dan tadbir urus; 2. Integrasi sosial, ekonomi dan alamsekitar yangmampan dalamkurikulum, komitmen terhadap system berfikir secara kritikal dan literasi mampan yang diekspres sebagai atribut graduan; 3. Perancangan, senireka, dan pembangunan kampus ke arah mencapai sifar bersih karbon, air dan bahan buangan; 4. Operasi fizikal dan pengendalian fokus kepada menyokong dan membolehkan melebihi sifar kepada matlamat-matlamat alam sekitar, termasuk pemantauan, pelaporan dan pembaikan berterusan; 5. Polisi dan amalan yang memupuk kepelbagaian, ekuiti dan kualiti kehidupan pelajar, kakitangan dan komuniti setempat di mana institusi terletak; 6. Kampus sebagai makmal hidup - penglibatan pelajar dalampembelajaran alam sekitar bagi mengubah persekitaran pembelajaran. Kefahaman Kemampanan Usaha Transformasi Penunjuk Teknologi untuk transformasi Toolkit Kampus hijau (Greening Universities Toolkit) Polisi dan Pentadbiran Sumberjaya untuk perubahan Dokumen Penghijauan Kampus Rajah 1.1 Toolkit Kampus Hijau
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2