Blueprint-SmartGreen-PolyCC-2021-2026

5 Dalam usaha JPPKK untuk menjadi peneraju institusi TVET yang unggul, pengurusan pendidikan dan penyelidikan mampan dilihat sebagai satu cara untuk memampankan institusi kondusif berteraskan Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti 2018 - 2025. UNESCO (2014), menyatakan bahawa pembangunan mampan perlu diintegrasikan ke dalam pendidikan dan bersepadu ke dalam pembangunan mampan. Antara asas transformasi BPPM adalah: 1. Penggabungan Politeknik dengan Kolej Komuniti Bermula tahun 2018 Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) telah digabungkan dengan Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) menjadi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). Penggabungan ini dilaksana sebagai usaha untuk mendepani cabaran negara, permintaan industri dan kemajuan teknologi global yang semakin meningkat serta keperluan semasa negara bagi melahirkan tenaga kerja mahir yang berketrampilan dan mampan. Melalui pengabungan ini, ianya akan memudahkan kerja-kerja perancangan, penyelarasan dan pemantauan terhadap institusi dalam memenuhi hasrat negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi. Oleh itu BSGPC melalui agenda transformasinya turut menggabungkan dua institusi ini dalam rangka tindakannya. Hala tuju yang dicadangkan telah mengambilkira keperluan dan kehendak keseluruhan warga dan masyarakat. Ini akan dapat membantu merealisasikan hasrat JPPKK untuk menjadi hub TVET yang berkualiti dan mampan. 2. Dasar Negara ke arah IR 4.0 Pada asasnya, IR 4.0 merujuk kepada trend ke arah automasi dan pertukaran data dalam teknologi dan proses pembuatan termasuklah; 1) sistem siber- fizikal (CPS), 2) Internet of Things (IoT), 3) Industrial Internet of Things (IIoT), 4) pengkomputeran awan, 5) pengkomputeran kognitif, dan 6) kecerdasan buatan. Konsep kilang pintar berstruktur modular adalah CPS yang memantau proses fizikal, membuat salinan maya dan fizikal, dan membuat keputusan yang berpusat. IR 4.0 bukan sahaja perkara berkaitan internet tetapi mencakupi komunikasi CPS dan bekerjasama antara satu sama lain dengan manusia dalam alamnyatamahupundi alamsiber. Ianya jugamerangkumi seluruhperkhidmatan organisasi yang ditawarkan dan digunakan oleh para peserta dalam satu rantaian. Pengeluaran sumber pekerja hijau dalam menangani cabaran IR 4.0 adalah sangat diperlukan dan mencabar. Terdapat lapan (8) ciri sumber pekerja hijau yang perlu ada dalam seseorang warga organisasi iaitu kejat, tangkas, konsisten, fleksibel, sihat tubuh badan, waras, seimbang, dan produktif. Oleh itu, strategi-strategi pengurusan sumber manusia hijau perlu dilaksanakan secara sistematik dan efisien untuk menjana dan mengekalkan sumber manusia hijau. 3. Pelan Strategik Agenda mampan BSGPC Politeknik Malaysia memulakan perjalanan ke arah pembangunan mampan sejak tahun 2010 dengan penekanan terhadap menjaga alam sekitar, di mana hasrat ini terkandung dalam BPPM. Sebelum ini, pendekatan dalam BPPM adalah untuk menghasilkan kaedah/prosedur yang akan membantu 36 politeknik yang lain demi membina kumpulan tenaga mampan mereka sendiri dalam memelihara dan memulihara alam sekitar. BPPM dibangunkan dengan menitikberatkan elemen teknologi Hijau yang merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Terdapat banyak penambahbaikkan telah dilakukan dalam BSGPC, antaranya dengan mewujudkan jawatankuasa penyelaras dan jawatankuasa pelaksana yang bertanggungjawab untuk penyelarasan keseluruhan laporan status semasa, menetapkan sasaran pencapaian, perancangan strategik, belanjawan, refleksi, dan perancangan sumber untuk masa depan, menghasilkan polisi yang jelas, pengurusan efektif perlu dibentuk, memperbaiki hubungan komunikasi luar dan dalam, mewujudkan pemantauan yang berterusan, serta usaha meningkatkan aktiviti dan program mampan. Transformasi ini juga selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) yang lebih menyeluruh dengan mengambil kira semua aspek seperti sosial, ekonomi, dan alam sekitar akan membantu dalam mencapai agenda kelestarian negara. Bidang tumpuan BPPM, telah dipetakan dengan SDGs, GRI, dan GMP selaras dengan keperluan negara, institusi dan komuniti bagi memenuhi keperluan sosial, alam sekitar dan ekonomi

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2