Blueprint-SmartGreen-PolyCC-2021-2026
6 Rajah 2.1 17 Matlamat Pembangunan Mampan PBB Sumber : https://sustainabledevelopment.un.org/ Sumber : https://www.globalreporting.org/ 4. Pembangunan Mampan Sustainable Development Goals (SDGs) SDGs merupakan teras agenda 2030 bagi pembangunan mampan yang dipersetujui oleh Ketua-Ketua Negara dan masyarakat antarabangsa pada 25 September 2015 di Persidangan PBB. SDGs merupakan kesinambungan agenda pembangunan yang diteruskan selepas berakhirnya Millennium Development Goals (MDGs) pada 2015. MDGs mempunyai 8 matlamat dan 21 sasaran. Manakala SDGs diperluaskan kepada 17 matlamat dan 169 sasaran dengan tujuan bagi meneruskan agenda 2030 mencapai keseimbangandalamtigadimensi pembangunanmampan iaitumerangkumi sosial, ekonomi, dan alam sekitar. 17 matlamat dan 169 sasaran ini berkaitan dalam mengintegrasikan dan mengimbangi tiga dimensi pembangunan mampan dalam pelaksanaannya di peringkat PBB seperti berikut: Rajah 2.2 Kerangka Pelaporan GRI 5. Piawaian Global Reporting Initiative (GRI) Piawaian GRI adalah piawaian global yang pertama untuk laporan kemampanan yang berstruktur, berhubung, dan mewakili amalan terbaik secara global untuk membantu organisasi melaporkan pelbagai kesan ekonomi, alamsekitar dan sosial (3P – Profit , Planet , and People ) berdasarkan kepada aktiviti, produk dan servis.Rangka kerja GRI bertujuan untuk membolehkan pihak ketiga menilai impak alam sekitar dari aktiviti organisasi dan sumber rantaiannya. Garis panduan laporan piawaian mengenai alam sekitar terkandung di dalam GRI Indicator Protocol Set . 6. Blueprint SmartGreen PolyCC (BSGPC) Blueprint SmartGreen PolyCC (BSGPC) dibangunkan dengan visi untuk memperkasa budaya hijau dan melestarikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Hala tuju strategik yang praktikal dan dapat dicapai merupakan tonggak utama kejayaan pencapaian visi blueprint ini. Hala tuju ini adalah berpandukan kepada pelaksanaan aktiviti TUJUH (7) BT yang perlu dilaksanakan secara seiring dan saling menyokong antara satu sama lain seperti yang di tunjukkan dalam rajah 2.3. BT ini telah ditambah baik berdasarkan kepada pengalaman yang diperolehi semasa melaksanakan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2