Blueprint-SmartGreen-PolyCC-2021-2026
11 Bagi menyusun dan mengagihkan sumber-sumber organisasi untuk melaksanakan BSGPC yang telah ditetapkan secara sistematik dan efisien Jawatankuasa (JK) Pemandu SmartGreen PolyCC JPPKK KPM telah menetapkan 2 JK utama bagi membolehkan amalan mampan dilaksanakan di politeknik dan kolej komuniti seperti berikut; 1. JK Penyelaras SmartGreen PolyCC di Peringkat Ibu Pejabat Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti 2. JK Pelaksana SmartGreen PolyCC di Peringkat Institusi Politeknik dan Kolej Komuniti Terma rujukan bagi JK Penyelaras adalah seperti berikut: 1. Melantik JK Penyelaras. 2. Menentukan dasar dan strategi program pembangunan mampan. 3. Menetapkan proses dan aktiviti bagi peningkatan amalan program pembangunan mampan. 4. Menyelaras dan memantau usaha pembudayaan amalan pembangunan mampan. 5. Menyelaras program pengiktirafan amalan mampan sama ada dalam atau luar negara. 6. Membangunkan perkongsian pintar dalam agenda mampan di institusi bersama pihak industri. 7. Menasihati pembangunan projek dan pengurusan mampan institusi. Terma Rujukan JK Pelaksana Smart Green PolyCC di Peringkat Institusi Politeknik dan Kolej Komuniti 1. Melantik JK Pelaksana. 2. Melaksana pembangunan projek dan programmampan. 3. Membuat keputusan atas cadangan projek dan program mampan yang dikemukakan oleh JK SmartGreen PolyCC . 4. Memastikan projek, program dan aktiviti yang dirancang selari dengan rangka kerja yang dibangunkan. 5. Melaporkan perkembangan pembangunan program pembangunan mampan kepada JK Penyelaras. 6. Memastikan perlaksanaan, pembangunan projek, dan pengurusan mampan di institusi berjalan lancar. 7. Mengaplikasi perkongsian pintar dalam agenda mampan di institusi bersama pihak industri.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2