Blueprint-SmartGreen-PolyCC-2021-2026
33 BIDANG TUMPUAN 1 : PENGURUSAN PENDIDIKAN DAN PENYELIDIKAN Suziee Binti Sukarti PENGENALAN Menurut Othman (2014), tidak terdapat definisi tunggal yang dipersetujui oleh semua orang bagi pengurusan pendidikan kerana pembangunannya amat pesat dan terdapat pengaruh disiplin-disiplin lain seperti sosiologi, sains politik, ekonomi, dan pengurusan umum. Glatter (1999), pula menyatakan pengurusan pendidikan adalah berkaitan dengan operasi dalaman institusi pendidikandanhubungannyadenganpersekitaran.Manakala itu, bagi definisi penyelidikan pula Siti Asmah (2014), meyimpulkan penyelidikan adalah satu proses yang sistematik, logikal, empirikal dan saintifik yang dijalankan untuk menyelesaikan suatu masalah. Hubungkait antara pendidikan dan penyelidikan dapat membentuk dasar program yang baik bagi meningkatkan mutu pengajaran di peringkat pendidikan (Rowland, 2006). Bidang Tumpuan 1 Pengurusan Pendidikan dan Penyelidikan (BT1-PPP) merupakan medium terbaik untuk menyebarluaskan konsep pendidikan pembangunan mampan (ESD) kepada warga politeknik dan kolej komuniti secara khususnya dan kepada masyarakat umumnya. Ini kerana ia mencakupi keseluruhan operasi, pelbagai bidang displin, dan perluasan persekitarannya. Melaui BT-PPP di dalamBSGPC ini, pelbagai programdan projek kemampanan di Politeknik dan Kolej Komuniti mampu diselaraskan supaya lebih berfokus dan berimpak tinggi berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 - 2025 (Pendidikan Tinggi) dan menyokong Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti 2018 - 2025. Sebahagian besar program kesedaran alam sekitar pada masa kini menyasarkan kesedaran dalam aspek alam sekitar, ekonomi, dan sosial ke arah kehidupan yang lebih mampan. Dalam pendidikan, Kurikulum program pengajian adalah dokumen rujukan yang mengandungi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma untuk melahirkan modal insan seprti mana yang diinginkan. Di politeknik dan kolej komuniti, kurikulumnya telah melalui proses penambahbaikan berterusan (CQI) dengan menambah pelbagai elemen penambahbaikan dalam kandungan kurikulumnya seperti 4IR, standard bidang, kaedah pembelajaran abad 21, agenda mampan dan lain-lain elemen yang berkaitan. Melalui penerapan SDGs ke dalam kurikulum pengajaran dan pembelajaran PELAN TINDAKAN SMART GOAL Penubuhan JK Pelaksana Pelan � kan JK induk dan k erja SmartGreen PolyCC di JPPKK dan di se � ap Politeknik dan Kolej Komuni � . Pelaksanaan kurikulum hijau Memas � kan 100% elemen hijau diterapkan ke dalam kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran. Penyelidikan dan penerbitan mampan Menganalisis peratus pengurangan kos penggunaan sumber. Memas � kan bilangan penghasilan penyelidikan dan penulisan yang berkaitan inisia � f hijau. Bilangan penyelidikan (projek/inovasi hijau) dan penulisan yang dihasilkan oleh pelajar, pensyarah, dan kakitangan. Bilangan perkongsian penyelidikan bersama industri dan komuni � serta pembiayaan penyelidikan kemampanan. Perkongsian kepakaran dan pengalaman yang meluas berkaitan inisia � f hijau dengan industri dan komuni � . Pengurusan laporan dan komunikasi kemampanan Menyediakan dokumen Standard Opera ti onal Procedure (SOP) berkaitan amalan hijau. Menyediakan fail-fail berkaitan dan memurnikan fail meja sedia ada. Mewujudkan dan memantapkan sistem komunikasi dalaman dan luaran. Program kesedaran dan penerapan budaya hijau Meningkatkan penghayatan hijau dan melaksana ak � vi � /program bagi semua pemegang taruh. Menyediakan la � han hijau yang relevan. Pengik � rafan Mewujudkan pengik � rafan rasmi pencapaian Politeknik dan Kolej Komun � terhadap pendekatan hijau. Pengesahan terhadap imej hijau Politeknik dan Kolej Komuni � . Menilai prestasi amalan hijau dan memberi anugerah/ganjaran. kearah kemampanan secara tidak langsung akan menjadi penyumbang utama kepada pencapaian matlamat pembangunan mampan (SDGs) seperti mana yang dihasratkan negara. program dan projek kemampanan di politeknik dan kolej komuniti mampu diselaraskan supaya lebih berfokus dan berimpak tinggi berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 - 2025 (Pendidikan Tinggi) dan menyokong Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti 2018 - 2025. OBJEKTIF 1. Pengurusan Pendidikan dan Penyelidikan diwujudkan adalah untuk penglibatan semuawarga JPPKK dan pihak yang berkaitan di dalamsemua aspek pendidikan dan penyelidikan yang menjurus ke arah kemampanan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2