Blueprint-SmartGreen-PolyCC-2021-2026
34 BIDANGTUMPUAN2: PENGURUSANTENAGA DAN PERUBAHAN IKLIM Dr Halim Bin Hj. Razali, Muhamad Jais Bin Gimin, Mohamad Nazri Bin Ismail , Nurul Najwa Binti Md Yusof PENGENALAN Iklim digambarkan sebagai cuaca purata yang berterusan bagi sesuatu tempoh masa. Perubahan iklim adalah disebabkan oleh fenomena semulajadi, seperti perubahan dalam sinaran matahari dan ledakan gunung berapi, dan boleh juga disebabkan oleh aktiviti manusia yang menyumbang kepada peningkatan pelepasan gas rumah hijau (GHG). Pengurusan tenaga adalah langkah untuk mengawal dan mengurangkan penggunaan tenaga bangunan yang membolehkan pengurangan kos bagi menjamin kemampanan tenaga, dan mampu mengurangkan pelepasan GHG. Antara langkah yang boleh dijalankan dalammenguruskan tenaga adalahmelaksanakan audit tenaga dan meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga. Secara umumnya, gas-gas yang terperangkap ini telah menyebabkan pemanasan global. Rajah 5.3 menunjukkan simulasi peningkatan suhu secara anomali di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2099 (Malaysian Meteorological Department, 2009). Peningkatan suhu mempunyai kesan yang serius terhadap perubahan iklimdunia. Kesan daripada itumenyebabkan berlakunya fenomena seperti peningkatan air laut, cuaca yang ekstrem, kemarau berpanjangan, kebakaran hutan, dan peningkatan suhu air laut sepertimana yang digambarkan dalam Rajah 5.4. Rajah 5.1: Pelepasan Global GHG Berdasarkan Jenis Gas (IPCC, 2014) Rajah 5.2: Pelepasan GHG di Malaysia (Mestecc, 2018) Rajah 5.3: Simulasi Suhu Anomali Tahunan Malaysia Bagi Tahun 2001 – 2099 (Malaysian Meteorological Department, 2009)
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2