Blueprint-SmartGreen-PolyCC-2021-2026

35 Rajah 5.4: Kejadian Cuaca Melampau Secara Global (Laudicina & Perterson, 2015) Rajah 5.5: Pembebasan GHG di Malaysia Berdasarkan Sektor (Mestecc, 2018) Rajah 5.6: Jumlah Penggunaan Tenaga di Sektor Komersil dan Kediaman daripa- da Tahun 2012-2016 (Malaysia Energy Statistics Handbook, 2018) Menurut Enerdata (2019), Malaysia telah merekodkan penggunaan tenaga sebanyak 92megatonne of oil equivalent (Mtoe) pada tahun 2018. Terdapat lima sektor utama yang telah dikenalpasti sebagai punca pembebasan GHG di Malaysia iaitu tenaga, pengurusan sisa, pemprosesan industri, pertanian, dan Land Use Land-Use Change and Forestry (LULU-CF) seperti direkodkan pada Rajah 5.5. Merujuk kepada sektor tenaga secara khususnya, antara faktor yang telah dikenalpasti sebagai penyumbang kepada penghasilan CO 2 adalah daripada penggunaan tenaga di bangunan terutamanya yang terletak di kawasan bandar (Wei Huang et. al, 2016). Di Malaysia, penggunaan tenaga pada tahun 2012-2016 adalah sebanyak 262,098 ktoe. Daripada jumlah ini, sektor komersil dan kediaman telah menggunakan 14% iaitu sebanyak 37,533 ktoe. Walapun nilai ini tidak tinggi jika dibandingkan dengan sektor lain seperti industri dan pengangkutan, namun Rajah 5.6 jelas menunjukkan terdapat peningkatan penggunaan tenaga setiap tahun. Ini mengukuhkan lagi keperluan agar setiap individu dan organisasi untukmeningkatkanamalanpenjimatan tenaga sertamenggunakan peranti cekap tenaga bagi kegunaan tenaga yang lebih efisien. 3,472 Banjir 2,889 Ribut 499 Kemarau 450 Suhu Melampau

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2